Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Suri Rumah Kerugian RM9,000...

KUANTAN - Seorang suri rumah kerugian RM9,000 selepas diperdaya oleh individu yang menyamar...

Kedai Telefon Kena Pecah,...

SEORANG pemilik kedai telefon mengalami kerugian RM8,000 selepas kedainya dipecah masuk dipercayai oleh...

Tahniah V Shem &...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga...

Wakil Rakyat Bawa ‘Ayam...

IPOH: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini mencuri tumpuan apabila Ahli...

Padah Curi Coli, Lelaki Didenda RM2,500

MUAR – Seorang lelaki didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas pertuduhan mencuri coli pada Sabtu lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Majistret Suzana Mokhtar menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Kh’ng Poh Siang, 30, mengaku salah terhadap tuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didapati telah mencuri sehelai pakaian dalam wanita milik remaja berusia 16 tahun pada jam 4.30 pagi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Lorong Haji Jabbar dalam daerah Muar, pada 17 Ogos lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang masih bujang mencuri pakaian dalam itu di sebuah rumah yang pernah disewanya sebelum ini.


Suspek ditangkap melalui siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pakaian dalam berwarna hitam telah ditemui dalam milikan lelaki tersebut.

Sebelum itu, tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan perlu menjaga bapanya yang uzur dan bekerja sebagai pekerja pemasangan jubin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Arif Marzuki.

Mohamad Arif kemudiannya meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal diberikan dengan mengambil kira tertuduh mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau penjara lima bulan sekiranya gagal bayar.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori