Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ujian Bertulis PT3: Soalan...

KUALA LUMPUR - Semua set soalan Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang...

Padang Serai: Pengundi Tak...

KULIM: Terdapat pengundi tidak sedar ada calon menarik diri daripada bertanding di Parlimen...

Kekal Status No.1 Dunia...

KUALA LUMPUR - Memegang status nombor satu dunia adalah pencapaian membanggakan, namun untuk...

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Jumlah syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Pakistan, Sweden Lapor Kes Pertama Mpox

ISLAMABAD – Pihak berkuasa kesihatan Pakistan pada Jumaat mengesahkan kes pertama virus mpox membawa maut di negara itu setelah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan awam global.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Pesakit berusia 34 tahun itu dari negara Teluk,” ujarnya tanpa memberikan butiran lanjut.

Kes itu dilaporkan sehari selepas Sweden mengumumkan kes varian mpox pertama di luar Afrika.

Agensi kesihatan di Stockholm mengesahkan ia adalah strain sama virus yang menyebabkan lonjakan kes di Republik Demokratik Congo sejak September lalu.


“Pesakit didiagnos positif mpox varian Clade I dan telah diberi rawatan,” kata ahli epidemiologi, Magnus Gisslen sambil menambah kes tersebut bagaimanapun tidak mengancam populasi umum.

Menurutnya, negara itu telah membuat persediaan rapi untuk mendiagnosiss, mengasingkan dan merawat pesakit dijangkiti mpox.

Difahamkan, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) melihat ancaman mpox di rantau itu masih rendah meskipun ia telah meragut lebih 500 nyawa di Khinshasa sejak awal tahun lalu dan mencetuskan kebimbangan terhadap komuniti kesihatan global.

-AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori