Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tok Mat Bimbang Perpecahan...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bimbang terhadap perpecahan...

Trek Lumba Lari Dibina...

DISEBABKAN tiada pilihan lain dan kekurangan tapak, pihak pengurusan sebuah sekolah rendah di...

PRN Patut Diadakan Serentak...

GEORGE TOWN – Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berpendapat Pilihan Raya Negeri (PRN)...

PKPD Di Kg. Jawa,...

PUTRAJAYA : Tidak sampai tujuh hari dilaksanakan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di...

Peguam Minta Guan Eng Tarik Balik Tuduhan Menipu Dalam Mahkamah

KUALA LUMPUR : Prosiding yang berlangsung dalam Mahkamah Tinggi di sini hari ini tegang seketika apabila bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, menuduh peguam Logan Iskandar Abdullah yang mewakili Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo menipu di dalam mahkamah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Susulan kenyataan itu dibuat oleh Guan Eng yang juga Pengerusi DAP ketika di kandang saksi itu, Logan Iskandar bertegas menuntut Guan Eng menarik balik kenyataan itu kerana menyifatkan ia sebagai tuduhan yang serius.

Guan Eng berkata demikian ketika disoal balas mengenai kenyataan beliau semalam yang mendakwa Wan Muhammad Azri ada membuat kenyataan mendakwa anak lelaki Lim yang ketika itu umur 15 tahun terlibat dengan kes gangguan seksual.

“Saya amat marah apabila isu berkaitan anak saya dibangkitkan, anda menipu,” kata Guan Eng kepada Logan Iskandar ketika menjawab soalan peguam itu.

Logan Iskandar membantah kenyataan Guan Eng itu dan memintanya untuk menarik balik kenyataan, sebelum Hakim, Eddie Yeo Soon Chye, menangguhkan sementara perbicaraan.

Eddie menasihatkan semua pihak untuk mengamalkan kesopanan dan etika dalam mahkamah.


“Saksi diingatkan untuk menjawab soalan peguam, dan saya memohon YB (Guan Eng) menarik balik kenyataannya yang menyatakan peguam defendan ialah seorang penipu,” katanya selepas perbicaraan disambung semula.

Guan Eng dan anak lelakinya, Clint Lim Way Chau, diwakili peguam, Simon Murali, hadir pada bicara kes saman fitnah mereka terhadap Wan Muhammad Azri.

Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta daripada Azri, yang sebelum ini menafikan dia adalah penulis blog dengan nama Papagomo.

Guan Eng mendakwa Wan Muhammad Azri membuat kenyataan fitnah dengan mendakwa anaknya ditahan di Singapura dengan wang tunai RM2 juta dan beliau terpaksa ke Singapura untuk menyelamatkannya.

Guan Eng juga mendakwa pada 2011, Wan Muhammad Azri juga membuat dakwaan menerusi blog peribadi, yang anak lelakinya, Clint yang ketika itu berusia 15 tahun, telah mencabul rakan sekelasnya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori