Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jualan Arak: Kes Saman...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 24 Januari untuk keputusan kes...

Masjid Institusi Pembelajaran Sepanjang...

IPOH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata masjid...

Unit Anjing, Bot Kesan...

KUALA LUMPUR - Kaedah pemantauan menggunakan bot dan anjing pengesan digunakan dalam operasi...

Baru Kahwin Pun Cabul...

REMAJA lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan mencabul...

Pejabat Kesihatan Jakarta Lapor 11 Kes Mpox

JAKARTA : Pejabat Kesihatan Jakarta mengesahkan sekurang-kurangnya 11 kes cacar monyet (mpox) di beberapa daerah kecil di wilayah itu setakat tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemangku ketua bahagian pencegahan dan kawalan penyakit Dr Maryati Kasiman mendedahkan bahawa kes terbaru dilaporkan pada Jun.

“Sembilan daripada kes itu membabitkan penduduk Jakarta manakala dua lagi dari luar wilayah ini. Kes terbaru dikenal pasti pada Jun,” kata Dr Maryati kepada portal berita detikcom.

Kes yang dilaporkan merangkumi lapan mukim iaitu Pasar Minggu, Ciracas, Grogol Petamburan, Jatinegara, Kebon Jeruk, Matraman, Tanah Abang dan Tanjung Priok.


Kesemua individu yang terjejas berumur antara 21 hingga 50 tahun dengan kes pertama dilaporkan pada 22 Januari membabitkan seorang wanita dijangkiti HIV dan jangkitan penyakit kelamin, diikuti oleh kes seterusnya pada 7 Februari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun, menekankan kebimbangan global yang berterusan terhadap penyakit itu.

-BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori