Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Juruteknik IT Pulapol KL...

PORT DICKSON - Seorang juruteknik IT Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur maut apabila...

Peranti Terbaru Dari Samsung...

SAMSUNG Gear S2 telah diperkenalkan pada tahun lepas di mana membawakan jam pintar...

Sebutan Kes Ahli Politik...

KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan sebutan untuk kes...

Sekilas 2015: Siti Nurhaliza...

TAHUN 2015 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dengan pelbagai cerita suka dan duka...

Pelbagai Kaedah Digunakan Cari Wanita Hilang Dalam Lubang Tanah Jerlus

KUALA LUMPUR : Memasuki hari ketujuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang terjerumus dalam tanah jerlus sedalam lapan meter di Jalan Masjid India di sini, dijalankan sejak Jumaat lalu, mangsa setakat ini masih belum lagi berjaya ditemui.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Walaupun pelbagai kaedah dan teknik digunakan dalam usaha pencarian, usaha mereka masih belum berhasil.

Pasukan SAR pada hari pertama mengorek lubang tanah jerlus dengan bantuan jentera pengorek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan melakukan selaman dalam parit pembentungan bawah tanah selain menggunakan khidmat anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9j Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Hari kedua, operasi pencarian mangsa kejadian memfokuskan enam lurang kumbahan (manhole), iaitu di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian berhampiran Lebuh Pasar dan Jalan Kinabalu.

JBPM menggunakan khidmat Unit Skuba dalam mencari mangsa selepas khidmat anjing pengesan menemui jalan buntu.

Indah Water Konsortium (IWK) membantu operasi SAR dengan membuka enam lurang pembentungan itu yang membawa kepada titik akhir (end point) di Loji Rawatan IWK di Pantai Dalam, di sini.

Hari berikutnya, pasukan SAR dibantu pihak IWK melakukan ‘flushing’ iaitu menghalang aliran air dalam saluran pembetungn sebelum dilepaskan semula bagi menghasilkan arus deras dan juga ‘jetting’ iaitu menyembur air bertekanan tinggi bagi mengalihkan sebarang halangan termasuk batuan dan ‘debris’.

Selain itu, alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar menembusi tanah mula digunakan, kelmarin oleh petugas Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan proses itu masih diteruskan hari ini.

Sebelum itu, pasukan JBPM turut menggunakan teknologi kamera jenis ‘push rod’ dan ‘crawler’ untuk mengesan keberadaan mangsa selain khidmat anjing K9 mereka iaitu Denti dan Frankie.

Sekitar jam 2 pagi tadi, dilaporkan pasukan JBPM turut menurunkan lapan penyelam di lurang kumbahan kedua memandangkan paras air kumbahan lebih rendah dan arus lebih perlahan berbanding pada waktu lain.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, hari ini dalam kenyataan berkata, pencarian mangsa terus giat dijalankan dan keutamaan Pasukan SAR adalah untuk menemukan mangsa secepat mungkin.


“Usaha tanpa henti dilakukan secara berterusan oleh seluruh pasukan SAR.

“Kerja-kerja melalui kaedah GPR oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) diteruskan pada hari ini sehingga selesai,” katanya.

Tambah Maimunah, DBKL terus bekerjasama dengan seluruh pasukan SAR antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam operasi SAR.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya (JKR), Agensi Nuklear Malaysia serta Indah Water Konsortium (IWK).

“Fokus utama kekal untuk mencari mangsa sehingga ditemui,” katanya.

BH difahamkan, satu mesyuarat khas diadakan membabitkan semua agensi terbabit SAR bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa hari ini dan satu sidang media dijangka akan diadakan selepas itu.

Dalam pada itu, BH yang berada di lokasi mendapati Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia hadir di lokasi insiden tanah jerlus dekat Jalan Masjid India, hari ini.

BN Reddy tiba di lokasi ini kira-kira jam 3.40 petang menaiki sebuah kenderaan rasmi sebelum dibawa meninjau ke lokasi tanah jerlus di sini diriingi Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din.

Beliau kemudiannya dibawa ke kawasan khemah pasukan penyelamat untuk sesi taklimat khas berkaitan operasi terkini yang dijalankan sebelum beredar 20 minit kemudian.

Insiden tanah jerlus pada Jumaat lalu menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai G Vijaya Lakshmi, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori