Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Bedah Sendiri Muka...

China - Akibat terlalu miskin, seorang lelaki yang tidak mampu mendapatkan rawatan di...

MP Saran Audit Pendapatan...

KUALA LUMPUR - Seorang penyokong kerajaan mencadangkan agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

Perintah Larangan Terhadap Media...

TENOM : Pihak pendakwaan membantah permintaan peguam bela mewakili Ebit Lew yang memohon...

Nafi Pelantikan Human Voyage...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan...

Pemandu Beri Alasan Jalan Gelap, Tidak Sedar Melawan Arus

Johor Bahru : Jalan gelap dan tidak perasan masuk ke laluan bertentangan, itu alasan diberikan pemandu yang melawan arus di Jalan Langkasuka, Larkin, di sini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan rakaman video papan pemuka kereta yang tular di media sosial berhubung insiden itu pada jam 2 petang semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 11.46 malam pada 24 Ogos lalu.

“Pada jam 4.20 pagi tadi, polis berjaya mengesan pemandu kereta yang juga warga tempatan berusia lingkungan 50-an.

“Pemandu mengaku memandu kenderaan pada hari kejadian dengan cara memotong garisan berkembar.


“Pemandu mendakwa keadaan gelap di kawasan kejadian, dan tidak perasaan masuk lorong bertentangan. Pemandu hanya sedar bila kereta berhadapan memberikan lampu tinggi kepadanya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, saman diberikan kepada pemandu pada jam 7.19 pagi tadi kerana tidak patuh arah trafik.

Terdahulu, sebuah video berdurasi seminit memaparkan pemandu lain terpaksa memberhentikan kenderaan seketika di bahu jalan kerana lelaki yang memandu Proton Saga itu berada di laluannya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori