Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mereka Di Bandar Tak...

PUTRAJAYA - Orang ramai yang berada di bandar tidak dibenarkan pulang menyambut Ramadan...

Mia Sara Akui Sering...

RUPANYA bergelar selebriti pada usia muda tidak semudah seperti disangkakan.Buktinya, pelakon cilik Mia...

Biar Kiasu, Tolak Kiasi...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Parlimen hari ini mencuri perhatian dengan penggunaan perkataan...

Duta AS Dipanggil Beri...

ABUJA - Menteri Luar Nigeria, Geoffrey Onyeama memanggil Duta Besar Amerika Syarikat (AS),...

Pembantu Tadbir Kolej Tak Mengaku ‘Gelapkan’ RM20,000

Seremban : Pembantu tadbir sebuah kolej vokasional didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, tadi, atas dua pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi pembekalan barang keperluan pejabat kolej itu berjumlah lebih RM20,000.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Foziana Isa, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pembantu tadbir menggunakan dengan niat hendak memperdayakan kolej berkenaan satu dokumen iaitu Baucar Bayaran Bagi Pembekalan Barang Keperluan Pejabat bertarikh 5 Disember 2022 berjumlah RM4,757.10 yang mana tertuduh mempunyai kepentingan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan kesalahan sama bagi Baucar Bayaran Bagi Pembekalan Barang Keperluan Pejabat bertarikh 6 Januari 2023 berjumlah RM17,301.50.

Perbuatan itu dilakukan pada 5 Disember 2022 dan 6 Januari 2023 di kolej berkenaan di Rembau.

Berikutan itu tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.


Jika disabitkan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai butir matan palsu.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali memohon jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan dengan seorang penjamin selain suami tertuduh serta dua syarat tambahan.

Peguam Noramin Petra Norhanapiah yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM5,000 memandangkan tertuduh dan suami menanggung enam anak berusia empat hingga 16 tahun dengan pendapatan kurang RM6,000 sebulan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dan perlu melapor diri pada Sabtu pertama setiap bulan di Pejabat SPRM Seremban sehingga kes selesai.

Sebutan semula pada 13 September depan.

-Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • kolej

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori