Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KWSP Perlu Patuhi Ketat...

ALOR SETAR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mematuhi prosedur operasi standard...

Himpunan #KitaLawan, Dari Sogo...

Walaupun dilanda gerimis, para penyokong perhimpunan 'Bebaskan Anwar' sanggup berarak dalam hujan menuju...

Mana Muhyiddin Ketika Sultan...

MUAR - Tarikh 23 Februari bukan asing bagi penduduk Bukit Kepong, pekan kecil...

Cabul Anak Tiri, Polis...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa tiri dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan tiga...

Pengurus Besar PPK Didakwa Pecah Amanah

ALOR SETAR : Seorang Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan melakukan pecah amanah membabitkan wang RM30,000 milik agensi itu pada 2019.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Nurizah Noordin, 49, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan pecah amanah dengan menunaikan sekeping cek PPK Lubuk Batu atas penama Roslin Allias bernilai RM30,000 untuk kegunaan tertuduh sendiri di sebuah bank di Jitra pada pada 3.30 petang, 30 Januari 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan dan denda.

Sementara itu Roslin, 40, yang turut didakwa di mahkamah sama atas tuduhan bersubahat dengan Nurizah melakukan kesalahan berkenaan pada masa dan tempat sama, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya.


Roslin yang juga Timbalan Pengurus Besar PPK didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 409 kanun yang sama.

Hakim kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin setiap seorang selain diarah menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 5 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Zulfadli Azharudin, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Rafiee Noordin.

–BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori