Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sesi Sekolah Tangguh Hingga...

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan akan ditangguhkan sehingga negara benar-benar pulih daripada wabak...

“Saya Dengan Ayah Baik-Baik...

PENYANYI baharu, Syafiq Farhain yang juga merupakan anak kepada penyanyi Saleem memberitahu hubungannya...

Briged Hijau Bakal Diwujud...

MUAR - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bakal mewujudkan Briged Hijau di...

Permohonan Najib, Irwan Pindah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 7 Dis untuk mendengar permohonan...

Penjawat Awam Boleh Kira Kadar Gaji Baharu Minggu Depan

KUALA LUMPUR : Penjawat awam boleh menyemak dan mengetahui kadar baharu gaji pada minggu depan, susulan pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diperkenal kerajaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim, berkata perincian berkenaan mekanisme pelarasan gaji penjawat awam itu akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19, pada 16 Ogos ini.

“Pada MAPPA 16 Ogos ini, kita sediakan perkhidmatan kalau hendak kira berapa kenaikan akan berlaku pada gaji kita.

“Ada kalkulator (untuk kira) berapa gaji kita. Pada 1 Disember, akan berlaku kenaikan gaji dan hujung bulan (Disember) penjawat awam akan terima kadar gaji yang baharu,” katanya di sini hari ini.

MAPPA-ke19 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 8 pagi.

Mohd Shaiful berkata, SSPA itu terpakai kepada perkhidmatan awam Persekutuan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekeliling mengenainya.

“Bagi penjawat awam negeri serta Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan, jika mereka menerima SSPA ini, ia menerima pakai semua sama seperti penjawat awam Persekutuan,” katanya.


Ditanya mengenai kebaikan SSPA, Mohd Shaiful berkata, selain kenaikan gaji, sistem itu juga merangkumi pembangunan organisasi dan bakat pegawai serta manfaat kepada pesara.

“Mengikut Akta Pencen, jika berlaku kenaikan gaji kepada pegawai (sedang) dalam perkhidmatan, pesara-pesara juga akan terkesan. Jadi, bermaksud mereka juga akan menerima kenaikan mengikut formula-formula yang ditetapkan,” katanya.

Mengenai kajian semula skim pencen termasuk pengenalan kaedah caruman seperti dilaksanakan pihak swasta, Mohd Shaiful berkata, kerajaan memberi jaminan faedah yang akan dinikmati penjawat awam tidak akan kurang daripada ketika ini.

“Kerajaan tidak akan menanggung beban kewangan berterusan dan pegawai juga tidak menanggung kerugian. Faedah dinikmati pegawai akan sama, tidak kurang daripada orang yang dapat pencen … akan ada caruman pekerja dan majikan,” katanya.

Mohd Shaiful berkata, pada tahun lalu, kerajaan menanggung kira-kira RM32 bilion untuk pembayaran pencen penjawat awam dan jumlah berkenaan meningkat RM2 juta setiap tahun.

–BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori