Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Nur Sajat...

JOHOR BAHRU - Polis Johor menafikan dakwaan bahawa Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali...

Pencemaran Sungai: Agong Zahir...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan...

Banjir: 190 Penduduk Di...

JOHOR BAHARU - Seramai 190 orang daripada 40 keluarga di lapan buah kampung...

Video Gadis Rebah Bukan...

KUANTAN - Ahli keluarga kepada gadis yang rebah dan meninggal dunia di sebuah...

Penyedia Mesej Internet, Media Sosial Sedia Dilesenkan – Fahmi

PUCHONG – Penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial secara dasarnya telah menyatakan kesediaan untuk dilesenkan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, perkara itu dinyatakan pada pertemuan dan sesi libat urus bersama beberapa penyedia perkhidmatan itu di Singapura, baru-baru ini.

Bagaimanapun Fahmi berkata, setakat ini masih belum ada penyedia perkhidmatan berkenaan yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen.

“Belum lagi (terima permohonan) sebab kita baru umum 1 Ogos lepas (kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial).


“(Sekarang) proses libat urus dan saya baru balik dari Singapura bertemu semua platform.

“Saya percaya berdasarkan pertemuan dan perbincangan saya dengan platform, mereka telah nyatakan kesediaan secara dasar untuk dilesenkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Anak Muda Program Kita-Untuk-Kita (K2K) di sini pada Sabtu.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori