KUALA LUMPUR: Pakatan Harpan (PH) terbuka untuk mengadakan rundingan bersama Barisan Nasional (BN) dalam usaha mendepani landskap politik akan datang.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi jaminan rundingan berkenaan akan diadakan secara baik bersama BN dan parti komponen gabungan berkenaan.
“Hubungan kita dengan UMNO dan BN masih di tahap sangat baik. Kerjasama di peringkat ini sangat memuaskan.
“Justeru, untuk masa hadapan, kita masih membuka ruang untuk berbincang secara baik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul
BHonline-