Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ziana Zain Enggan ‘Buka...

MESKIPUN diasak bertubi-tubi namum penyanyi bersuara gemersik iaitu Ziana Zain tetap enggan mendedahkan...

KAFA Putuskan Kekal Bersaing...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan memutuskan sama ada kekal...

Video: Ngeri! Singa Terkam...

WALAUPUN telah lama dipelihara oleh manusia, seekor singa dewasa tetaplah binatang pemburu yang mempunyai...

Perak Bakal Jadi Hab...

KUALA KANGSAR - Kerajaan negeri Perak telah merangka misi untuk menjadikan negeri itu...

Polis Belum Terima Laporan Lengkap Punca Kematian Nur Farah Kartini

Petaling Jaya : Polis belum menerima laporan analisis lengkap punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang maut dibunuh, bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis masih menunggu pihak hospital untuk mengeluarkan laporan lengkap analisis bedah siasat itu.

“Kita (polis) belum terima (laporan bedah siasat) daripada pihak hospital,” katanya pada sidang media pelupusan barangan kes di Balai Polis Ara Damansara, di sini, hari ini.

Bedah siasat ke atas Nur Farah Kartini sebelum ini dilakukan di Hospital Sungai Buloh.

Mayat graduan Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditemukan di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang di Hulu Selangor, pada 15 Julai lalu, iaitu enam hari selepas mangsa dipercayai dibunuh.


Pada 26 Julai lalu, anggota polis Balai Slim River Lans Koperal Muhammad Alif Monjani didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selepas didakwa, tertuduh dilapor dibawa ke Penjara Sungai Buloh, Selangor hingga menunggu hari sebutan semula kes yang ditetapkan pada 30 Ogos ini di Mahkamah Kuala Kubu Bharu.

Sebelum ini, Hussein dilapor berkata, suspek yang berasal dari Melaka dan sudah mendirikan rumah tangga didakwa mempunyai perselisihan faham dalam hubungan dengan gadis kelahiran Sarawak itu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori