Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

AS1M Kaum India Catat...

KUALA LUMPUR - Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) untuk masyarakat India menunjukkan perkembangan yang...

Kelab Astronautik Sasar Tarik...

KUALA LUMPUR - Kelab Astronautik Malaysia, yang dilancarkan hari ini menyasarkan 100,000 keahlian...

Padah Skydiving: Mayat Aktres...

TEKA-teki kehilangan pelakon dan model cantik Korea, Jung In Ah beberapa hari lalu...

Kerosakan 36 Sekolah Akibat...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan pembaikan segera 36 sekolah yang terkesan...

Polis Buru Empat Lelaki Samun Peminjam Along

Ipoh : Polis memburu empat lelaki dipercayai orang upahan Along yang bertindak menyamun rumah peminjam sindiket ceti haram terbabit dalam kejadian di Ayer Tawar, Manjung, Khamis lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, perkara itu terbongkar apabila seorang lelaki yang juga peminjam membuat laporan polis mendakwa rumahnya disamun empat lelaki pada 12.30 tengah malam.

Menurutnya, salah seorang daripadanya empat lelaki itu dikesan oleh mangsa adalah pemungut hutang Along atau pinjaman wang tidak berlesen.

“Dalam kejadian itu, empat lelaki memakai topi keledar dan pelitup muka turut mengakibatkan kecederaan kepada mangsa, kakak dan ibunya selain dua rakan mangsa yang berada di rumah.

“Mangsa mendakwa mengalami kerugian wang tunai dianggarkan berjumlah RM5,000 selain dua telefon bimbit manakala sebuah lagi telefon bimbit dipecahkan oleh suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak bagi Ogos 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini.

Menurutnya, empat lelaki berkenaan yang membawa kayu terus masuk ke dalam rumah sebaik pintu dibuka lalu memukul belakang badan pengadu, manakala rakannya menoreh belakang mangsa dengan pisau.

“Berlaku pergelutan antara suspek dan keluarga pengadu semasa mereka hendak menyelamatkan diri. Pengadu, kakak dan ibunya serta dua rakan pengadu masing-masing mengalami kecederaan di belakang badan, tangan kiri dan kanan, dan di kaki.


“Pengadu mengecam salah seorang suspek terbabit adalah pemungut hutang pinjaman Along. Kesemua suspek melarikan diri menaiki dua kenderaan dengan nombor pendaftaran tidak dipastikan,” katanya.

Menurutnya, sehari kemudian polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun di Kampar yang disyaki terbabit kejadian selain merampas empat komputer riba, satu tablet dan dua telefon bimbit.

Menurutnya, wanita itu direman sehingga 14 Ogos ini untuk siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Katanya, pemeriksaan ke atas komputer riba yang dirampas mendapati terdapat kandungan data disyaki milik penghutang dan maklumat pekerja sindiket Along itu.

“Polis kemudian menahan dua lagi lelaki di Ayer Tawar pada Ahad lalu dan merampas barang kes antaranya tiga telefon bimbit.

“Soal siasat mendapati seorang daripadanya menjalankan perniagaan pinjaman wang tidak berlesen dan mendakwa bekerja dengan seorang individu sebagai pemungut hutang,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek direman sehingga 17 Ogos ini bagi siasatan lanjut dan polis kini memburu empat suspek masih bebas, kenderaan dan senjata yang digunakan semasa kejadian.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori