Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Maafkan Ibu Sayang, Ibu...

JERITAN pilu ibu kepada anak perempuan berusia dua tahun yang maut akibat sesak...

Hasil Bidaan JPJeBid Cecah...

KOTA BHARU - Hasil kutipan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid)...

Dapat Pujian Starbucks Lepas...

MEMPUNYAI minat yang dalam dalam bidang grafik dan kesenian, seorang pemuda sanggup meninggalkan...

“Gambar Cium Itu Gambar...

KUALA LUMPUR - Selepas kecoh curang dengan gadis tiktok, pelakon dan penyanyi, Aliff...

Polis Cari Suspek Baling Batu Hingga Pecah Cermin Kereta

Kuala Lumpur : Polis menerima laporan berhubung dakwaan seorang lelaki membaling batu ke arah kenderaan sehingga pecah cermin di Jalan Imbi, di sini, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nuzulan Mohd Din berkata, laporan dibuat kira-kira jam 5 petang.

“Satu laporan polis diterima dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan suspek yang terbabit sedang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” katanya.

Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook ‘Hui Min Chia’ menerusi hantaran mendakwa cermin bahagian belakang kereta milik teman lelakinya pecah selepas dipercayai dibaling batu oleh seorang lelaki tidak dikenali dari jejantas sebuah stesen monorel di Jalan Imbi.

Menurutnya, kejadian berlaku antara jam 12.30 hingga 1.30 tengah hari semasa dia dan teman lelakinya yang menaiki kereta jenis Honda Insight melalui laluan itu dan terkejut mendengar dentuman kuat dari bahagian belakang.


“Kami berhenti dan keluar kereta untuk memeriksa. Kami mendapati cermin belakang pecah dan terdapat batu di bahagian tempat duduk penumpang.

“Apabila melihat sekeliling, kami ternampak seorang lelaki sedang membaling batu dari jejantas stesen monorel. Teman lelaki saya segera menghubungi polis memaklumkan kejadian itu,” tulisnya.

Katanya, dia bernasib baik kerana ketika kejadian berlaku tiada penumpang lain yang duduk di bahagian penumpang belakang.

Mereka membuat laporan polis kerana bimbang kelakuan lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental itu boleh menyebabkan pengguna lain menjadi mangsa.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori