Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

#ASEAN: Najib Lancar Saluran...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan...

Miss Bum Bum Tepati...

SUKAR untuk memahami industri modeling di negara benua Amerika Selatan kerana ia seolah-olah...

Si Tora: Ketawa Hanya...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles PERTAMA kali mendengar tentang kisah lelaki ini yang merupakan...

Khalid Pengerusi Mesyuarat Exco...

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat Exco...

Polis Siasat Motif Mungkin Kerana Pedofilia

JOHOR BAHRU : Siasatan kes penculikan kanak-kanak enam tahun di Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat sini, pada 20 Julai lalu, kini menjurus kepada kemungkinan ia bermotifkan isu pedofilia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata siasatan diteruskan dengan menjurus ke arah itu selepas penemuan pelbagai peralatan seks di kediaman suspek di Kulai.

Beliau berkata, pihaknya yakin dapat mengenal pasti motif sebenar penculikan itu dalam masa terdekat.

“Kita telah menjumpai petunjuk baharu dalam kes ini iaitu penemuan pelbagai peralatan seks dan fokus kita sekarang menjurus kepada penemuan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Kumar berkata, walaupun tangkapan semula dibuat terhadap suspek berusia 31 tahun itu mengikut seksyen yang baharu, siasatan menggunakan Seksyen 364 Kanun Keseksaan sebelum ini masih diteruskan.

Beliau turut menafikan laporan berhubung kes penculikan itu ditarik balik.

“Antara seksyen yang kita siasat ialah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang wang tebusan diminta.

“Tangkapan semula dilakukan selepas hasil soal siasat kita menjumpai beberapa peralatan seks yang mewajarkan siasatan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 diteruskan.

“Tiada laporan ditarik balik dan proses siasatan dijalankan seperti biasa,” katanya yang mengesahkan suspek itu bergerak seorang diri dan tidak membabitkan mana-mana kumpulan suspek lain.


Ditanya sama ada kanak-kanak itu akan dihantar semula untuk pemeriksaan kesihatan lanjut, Kumar berkata, ia tidak perlu berikutan pemeriksaan menyeluruh sudah dilakukan pakar perubatan.

“Selepas kita menjumpai mangsa, mangsa sudah dihantar untuk pemeriksaan menyeluruh oleh doktor pakar dan telah disahkan sihat dan selamat,” katanya.

Semalam, suspek utama kes penculikan itu yang ditahan semula kelmarin, direman enam hari sehingga Sabtu ini mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kelmarin, Kumar dilaporkan berkata, polis membuat tangkapan semula ke atas suspek itu susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek dekat Kulai.

Tempoh reman suspek yang keseluruhannya selama 13 hari bagi siasatan kes penculikan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 tamat kelmarin dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sebelum tangkapan semula dibuat.

Lelaki itu adalah suspek kelima yang ditahan susulan kes penculikan Albertine Leo yang dilaporkan hilang di Eco Galleria, Iskandar Puteri, 20 Julai lalu.

Suspek ditahan kira-kira jam 4.45 pagi, 23 Julai lalu, di sebuah hotel murah dekat Batang Kali, Selangor, ketika polis menyelamatkan kanak-kanak perempuan berkenaan di lokasi itu.

Empat suspek lain berusia 28 hingga 55 tahun yang ditahan sebelum itu direman empat hari sehingga 26 Julai lalu, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan tempoh reman terhadap mereka tidak disambung.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori