Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Perlu Banyak Pusat Pembelajaran...

SERDANG - Pusat pembelajaran untuk kanak-kanak etnik Rohingya perlu diwujudkan lebih banyak bagi...

Lelaki Dilema Mahu Pilih...

SEORANG lelaki warga emas yang berusia 58 tahun mengakui dia dalam dilema sekiranya...

Pasar Tani Segamat Hambar:...

SEGAMAT - Kira-kira 20 peniaga pasar tani Segamat di sini berharap beberapa isu...

Gempa Bumi: 85 Rakyat...

Kuala Lumpur : Kementerian Luar mengesahkan seramai 85 rakyat Malaysia yang berada di...

Putera Mahkota Brunei Lawat Malaysia Mulai Hari Ini

PUTRAJAYA : Putera Mahkota Brunei dan Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 21 Ogos.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah akan diiringi isteri, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Seri Setia Awang Nazmi Awang Mohamad, serta pegawai-pegawai kanan, menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, semalam.

Semasa di Kuala Lumpur, Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah akan mengadakan kunjungan menghadap ke atas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, disusuli Majlis Santapan bagi meraikan delegasi Brunei.

Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pihak dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.


“Lawatan ini menambah lagi makna kepada hubungan istimewa dan mesra antara Malaysia dan Brunei, yang bertunjangkan kesamaan warisan, budaya dan hubungan antara rakyat.

“Ini terutamanya apabila kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik pada tahun ini,” menurut kenyataan itu.

Pada 2023, Brunei merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM9.31 bilion (RM9.31 bilion).

-BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori