Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

HASiL Pemangkin Kemakmuran

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) merupakan agensi terpenting yang bertanggungjawab memungut dan...

Jururawat ‘Cuai’ Bayi Jatuh...

SEBAUAH pusat penjagaan lepas bersalin di China, Puruming Postpartum Care Centre telah dikecam...

Isu Permohonan Permit Kenderaan...

KUCHING - Kementerian Pengangkutan memberi jaminan tiada lagi isu kelewatan mendapatkan permit bagi...

Hugh Jackman Akan Tinggalkan...

AKTOR yang terkenal dengan watak hebat 'Wolverine' dari sekuel filem X-Men, Hugh Jackman...

Putin Undang Anwar Bincang Soal Ekonomi, Perdagangan

Petaling Jaya : Presiden Rusia, Vladimir Putin mengundang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu bagi membincangkan soal perdagangan dan ekonomi kedua-dua negara.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu dijangka dalam tempoh beberapa minggu lagi dan atas undangan Putin.

“Beberapa minggu lagi saya akan ke Vladivostok, di pinggir Rusia untuk menerima undangan Presiden Putin bagi berbincang soal kerjasama ekonomi.

“Ini meletakkan kita sebagai antara negara yang pertahankan pendirian kota yang bebas dan tidak mengambil sikap untuk bermusuh dengan sesiapa.

“Prinsip kita jelas, tetap pertahankan kebebasan, tolak kezaliman, tidak mengizinkan mana mana negara kelompok menindas, menghina dan membunuh rakyat kita yang tidak berdosa,” katanya pada majlis perasmian ibu pejabat GXBank dan pelancaran pusat kecemerlangan di sini, hari ini.

Anwar berkata, dalam soal Gaza kita bersuara cukup lantang kerana prinsip kemanusiaan.

“Tak perlu cakap pasal kebebasan apabila anda dibutakan dengan kekejaman yang melampau tidak kira mangsa adalah Muslim, Hindu, atau Buddha. Berpegang teguh tanpa kompromi,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, kerajaan mengambil pendekatan lebih terbuka dalam ekonomi dengan mengamalkan dasar terbuka.


Beliau berkata, Malaysia mengambil sikap cukup terbuka untuk bersahabat dan berdagang dengan semua negara asalkan Malaysia kekal sebagai negara yang bebas merdeka dan berdaulat.

“Apa saja yang boleh selamatkan bangsa dan negara, memacu pertumbuhan dengan segar, apa saja kerangka yang memungkinkan kita berdagang dengan semua negara, dan pertahankan keamanan dan kepentingan ekonomi negara, kita akan terbuka.

“Kita mengambil sikap cukup terbuka untuk bersahabat dengan semua, berdagang dengan semua asalkan kita kekal sebagai negara yang bebas merdeka dan berdaulat.

“Kita kekal hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) kerana pelaburan umpamanya pendigitalan awal, itu banyak pelaburan dari AS, Eropah.

“Di samping itu kita sudah meneroka dan mempunyai hubungan sangat istimewa dengan China, Jepun dan Korea.

“Ini menguntungkan kita kerana mempunyai dasar yang jelas, bersahabat dan ambil sikap bebas,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori