Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pelajar UiTM Cedera Parah...

ALOR GAJAH - Seorang pelajar wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Alor Gajah...

Klopp Nafi Gaduh Dengan...

JURGEN Klopp menegaskan Fabinho boleh beraksi untuk Liverpool pada masa ini dan mendakwa...

Parlimen Batu: MIC, MCA...

KUALA LUMPUR : Isu perebutan kerusi Parlimen Batu antara MIC dan MCA selesai...

Mahu Buka Pintu Masuk,...

PUTRAJAYA - Kerajaan Johor perlu mendapatkan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) sekiranya ingin...

Rakyat Malaysia Di Kursk Dinasihat Berwaspada Di Tengah Konflik Memuncak

GLOBAL l Rakyat Malaysia yang berada di wilayah Kursk, Rusia dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti semua arahan serta nasihat yang dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Moscow.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Luar Negeri melalui misi itu dalam satu kenyataan pada Isnin, memaklumkan bahawa mereka sedang memantau dengan teliti perkembangan di wilayah itu.

“Kementerian dan Kedutaan menyedari situasi yang sedang berkembang dan sedang giat menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia yang tinggal atau melawat kawasan itu.

“Adalah penting untuk sentiasa mendapat maklumat terkini tentang situasi semasa melalui sumber yang boleh dipercayai dan mematuhi garis panduan keselamatan tempatan,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan misi itu digesa berbuat demikian bagi menerima maklumat dan bantuan tepat pada masanya.


Sekiranya berlaku kecemasan atau memerlukan sokongan tambahan, rakyat Malaysia digalakkan menghubungi kedutaan di alamat: Mosfilmovskaya Ulitsa 50, 115127, Moscow, Rusia, atau melalui nombor telefon +7 495 419 9898 / 99, +7 906 746 1333 (kecemasan), dan e-mel [email protected].

Kementerian akan terus menyalurkan maklumat terkini serta komited membantu warganegara Malaysia, menurut kenyataan itu.

Situasi di Kursk dilaporkan semakin meruncing akibat pertempuran sengit antara tentera Rusia dan Ukraine pada 5 Ogos, sehingga menyebabkan pengisytiharan darurat di wilayah berkenaan.

Konflik itu mengakibatkan kematian dan kerosakan, memaksa pemindahan dan peningkatan langkah keselamatan terutamanya di sekitar infrastruktur kritikal seperti loji kuasa nuklear Kursk.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori