Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ketua Penerangan Ulama PAS...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali...

Imigresen Kedah Tahan 22...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 22 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)...

KKM Nafi Jemaah Umrah...

KUALA LUMPUR – Penularan maklumat di media sosial berhubung seorang jemaah umrah sedang...

Tindakan Korea Utara Memburukkan...

JAKARTA - Malaysia menyifatkan Korea Utara sedang melakukan sesuatu yang memburukkan lagi keadaan...

Remaja 15 Tahun Lemas Mandi Sungai

TAIPING – Seorang remaja lelaki lemas ketika mandi bersama rakan di Sungai Pecah Batu, Trong di sini pada Sabtu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mangsa, Muhammad Aqif Mikhail Ali Arafat, 15, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian itu diterima pada jam 5.25 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Trong digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Anggota yang tiba mendapati mangsa telah dibawa naik ke darat oleh orang awam sebelum bomba tiba.


“Tindakan awal ketua operasi memberi bantuan asas hayat (BLS) dan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa, namun tiada tindak balas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada pihak KKM yang kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal di lokasi kejadian

Katanya, berdasarkan maklumat diperolehi, kejadian berlaku ketika mangsa melakukan aktiviti mandi di sungai berkenaan bersama rakan.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.40 petang,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori