Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerja Syamsul ‘Terganggu’ Selepas...

PENAT lelah pasti akan hilang selepas melihat keletah si kecil di rumah sampaikan...

Akta Hasutan Adalah Untuk...

KUALA LUMPUR - Langkah untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dibuat bagi melindungi sensitiviti...

UMNO Kalabakan Tak Gentar...

TAWAU - UMNO Bahagian Kalabakan tidak gentar berdepan dengan mana-mana parti lawan dalam...

Melecur Bahagian Muka Kena...

MELAKA - Seorang pelajar tahun tiga melecur di bahagian muka selepas asap belerang...

‘Rombakan Kabinet Di Luar Pengetahuan Saya’ – Ahmad Zahid

GUA MUSANG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tidak mengetahui apa-apa berkait isu rombakan Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Saya belum diberitahu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

“Jadi, ia di luar pengetahuan saya,” katanya ringkas ketika menjawab pertanyaan media susulan laporan mendakwa rombakan Jemaah Menteri dijangka berlaku sekurang-kurangnya menjelang akhir bulan ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Temu Mata bersama Warga Peneroka dan Masyarakat Jeram Tekoh di Dewan GDW Kesedar Jeram Tekoh dekat sini pada Isnin.

Menurut laporan sebuah portal berita melalui sumber mendakwa, seorang menteri mungkin dipindahkan ke kementerian lain atau digugurkan daripada Jemaah Menteri.


Portal itu turut melaporkan satu lagi sumber mendakwa terdapat perbincangan tentang rombakan Jemaah Menteri yang mungkin berlaku menjelang akhir Ogos dengan beberapa timbalan menteri dijangka dinaikkan pangkat ke jawatan menteri.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kerajaan akan melakukan rombakan Jemaah Menteri tidak lama lagi.

Anwar berkata, beliau tidak mengetahui dan mendengar sama sekali berhubung perancangan rombakan Kabinet itu.

Pada Disember tahun lalu, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet buat kali pertama selepas setahun menerajui pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori