Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Statut Rom Boleh Hapuskan...

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini, Malaysia memutuskan menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah...

Ahmad Zahid Terima Peletakan...

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat...

GAMBAR: Shukri Yahaya Selamat...

DENGAN sekali lafaz, pelakon Shukri Yahaya kini selamat bergelar suami kepada wanita pilihan...

DUN Johor Zahir Takziah...

Iskandar Puteri : Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini merakamkan ucapan takziah...

Saksi Tidak Serah Telefon Bimbit Rakam Panggilan Video Ebit Lew Kepada Polis

TENOM : Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tidak menyerahkan telefon bimbit yang digunakan untuk merakam panggilan video dengan Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, kepada polis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Wanita berusia 40-an itu, selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes berhubung gangguan seksual pendakwah tersebut, berkata telefon berkenaan adalah untuk kegunaan di rumah bersama suaminya dan beliau tidak ingat nombornya kerana sudah tidak aktif.

Ketika disoal balas oleh peguam, Datuk Ram Singh di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani, saksi berkata beliau menerima panggilan video daripada Lew pada petang 10 Julai 2021 melalui telefon bimbit lain miliknya sebelum bertindak merakam panggilan itu menggunakan telefon rumah.

Wanita itu berkata, panggilan video tersebut adalah yang pertama dirakamnya dan ia dilakukan tanpa pengetahuan tertuduh sebelum beliau bertindak menyekat nombor telefon Lew pada 11 Julai 2021.


Beliau berkata, telefon yang digunakan untuk panggilan video itu telah diserah kepada polis pada 7 Ogos 2021.

Ebit 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan disambung esok. 

–BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori