Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pokok Bonsai Cina Hiasi...

DHAKA – Barisan pokok bonsai Cina ditanam baru-baru ini di sepanjang jalan utama...

Kebakaran Besar Di Ventura...

LOS ANGELES - Hampir 1,000 bangunan disahkan terbakar di Ventura, dekat sini dalam...

Polis Sabah Terus Komited...

KOTA KINABALU - Polis Sabah terus komited dalam mempertingkatkan usaha membanteras kegiatan perjudian...

Menyamar Pakar Sakit Puan,...

Menggunakan nama pakar untuk meminta kemaluan wanita.

Sanusi Harap Wakil UMNO Boleh Jadi Calon DAP Suatu Masa Nanti

PAS mencabar Umno supaya meletakkan calon untuk mewakili DAP seperti mana PAS dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Kecil (DUN) Nenggiri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Muhammad Sanusi Md Noor, berkata, dia yakin BN tidak boleh berbuat demikian kerana hubungan dengan DAP tidak berpaksikan keikhlasan.

“Itu tak boleh buat BN. Kita ikhlas kerjasama dengan Bersatu, kita boleh pi mai, kalau Bersatu boleh jadi PAS dan PAS boleh jadi Bersatu, dia Umno jadi DAP dan DAP jadi Umno.

“Kita PAS macam abang sulung, kalau adik ada kelemahan di mana-mana kita tampung, itu gunanya, PN, tampung-menampung tolong-menolong, bantu-membantu.

“BN tak boleh buat, saya harap suatu hari nanti kalau DAP tak ada calon, calon Umno boleh masuk DAP tolong DAP,” katanya ketika ditemui di Renok Baru, Gua Musang.

Sanusi bertemu mesra dengan pengundi di sekitar Renok Baru sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri yang membuka tirainya semalam.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan PN.


BN yang mewakili Kerajaan Perpaduan mempertaruhkan Mohd Azmawi untuk merampas semula kerusi DUN itu.

Sementara itu, PN yang akan menggunakan logo PAS diwakili Mohd Rizwadi Ismail.

Mengulas mengenai isu kemelut PAS dengan Gerakan, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata tiada isu antara parti itu dengan rakan sekutunya dalam PN.

Katanya, isu dalaman antara Gerakan dengan PN diselesaikan secara dalaman.

“Isu PAS dengan Gerakan tak ada isu, Gerakan asas dia pengundi Cina, bila ada isu Cina dia ke depan.

“Asas kita PAS Melayu, jadi isu berkaitan Melayu kita bercakap tapi tak sampai menjadi retak hubungan dalam PN,” katanya lagi.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori