Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

2 Penunggang Motosikal Maut...

IPOH - Dua penunggang motosikal maut selepas terlanggar trak milik Tentera Laut Diraja...

Pakat Dengan 3 Kekasih...

TRAGIK... Seorang wanita ditahan polis kerana bunuh suaminya dengan bantuan tiga kekasihnya sebelum...

Siapa Faham Mesej Ini...

'OHHH My Bahasa Melayu....'Hampir keliru dan bingung jadinya membaca mesej peringatan di sebuah...

Jerebu: IPU Palangkaraya Cecah...

JAKARTA - Indeks pencemaran udara (IPU) di Palangkaraya, wilayah Kalimantan Tengah mencecah 3,000...

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

Meskipun usia kandungan mencecah lapan bulan, ia tidak menghalang Che Nurul Amira Che Mat, 35, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi DUN Nenggiri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dia yang teruja untuk mengundi pada PRK DUN Nenggiri kali ini sanggup keluar awal pagi bersama suaminya bagi membuang undi.

“Takut juga tak sempat mengundi bimbang bersalin, namun alhamdulillah saya dapat menunaikan tanggungjawab pagi ini.

“Saya rasa teruja untuk mengundi kali ini walaupun telah banyak kali mengundi,” katanya ketika ditemui di pusat mengundi Tabika Sri Bakawali, Kampung Bertam Lama, Gua Musang.

Penoreh getah, Zakaria Mamat, 64, pula “bercuti” daripada rutin menoreh getah demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Malah, dia yang teruja untuk memangkah calon pilihannya sanggup keluar awal pagi untuk menjadi pengundi pertama di pusat pengundian itu.

“Saya tak menoreh hari ini semata-mata untuk keluar mengundi.


“Saya teruja dan pada masa sama berdebar. Alhamdulillah menjadi pengundi pertama di sini pagi ini,” kata bapa kepada 14 orang anak itu.

Pengundi muda, Akmal Haikal, 18, yang buat pertama kali mengundi mengakui berdebar untuk membuat pilihan.

“Saya keluar awal pagi untuk datang ke sini (pusat mengundi), untuk pertama kali mengundi ia agak mendebarkan.

“Saya keluar jam 7.40 pagi untuk datang mengundi, saya teruja untuk mengundi buat pertama kalinya,” katanya lagi.

Pengundi di Nenggiri akan memilih antara calon Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail atau calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bagi mewakili mereka di Dewan Undangan Negeri.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori