Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Kekal, Tapi...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Lohan Pakai Tudung, Cetus...

LOS ANGELES - Bintang Hollywood, Lindsay Lohan yang sering terpalit dengan kontroversi masalah...

Curi Motosikal, 3 Mekanik...

KOTA TINGGI - Tiga mekanik berusia antara 17 dan 34 tahun ditahan polis...

Dron Awasi Kesalahan Lalu...

BEIJING - Dron kini digunakan bagi mengesan kesalahan lalu lintas di bandaraya Jinan,...

Sarawak Mampu Jadi Tuan Rumah Temasya Sukan Antarabangsa – Hannah

PENGANJURAN Sukan Malaysia (Sukma) 2024 yang berjalan lancar setakat ini termasuk kejayaan upacara pembukaan temasya itu di Stadium Sarawak, malam tadi membuktikan Sarawak mampu menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa lebih besar seperti Sukan SEA.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap apabila Sarawak melabur lebih banyak untuk kemudahan sukan dan pembangunan atlet, negeri itu akan muncul sebagai satu daripada venue sukan yang ulung di Malaysia.

“Selepas ini apabila ada penganjuran acara sukan, Sarawak akan diberi pertimbangan (untuk menjadi tuan rumah),” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Skuasy Sarawak di sini hari ini yang menjadi lokasi acara skuasy pada Sukma 2024.

Mengulas status penganjuran temasya Sukan SEA 2027, beliau berkata, kementeriannya sedang menunggu maklum balas daripada kementerian lain mengenainya.

“Sebagai contoh, kita sedang menunggu maklum balas Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi. Selepas itu kita akan bentangkan di peringkat Kabinet untuk membuat keputusan akhir.


“Setakat ini terdapat tiga negeri yang telah membuat tawaran untuk bantu dalam penganjuran iaitu Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang. Sarawak turut tawarkan untuk sumbang 50 peratus bagi kos penganjuran,” katanya.

Sukma 2024 yang membuka tirai secara rasmi malam tadi akan berlangsung hingga 24 Ogos ini.

Sebanyak 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita.

Sukma yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali iaitu pada 1990 dan 2016.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori