Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Warga Malaysia Terkandas Di...

BANGKOK – Seorang pelancong Malaysia mengalami detik mencemaskan apabila air pasang dan ombak...

“Jika Sokong ISIS, Tak...

SUSULAN kenyataan berani yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Amanah Nasional, Mohamad Sabu yang mengaitkan...

Banjir: 20 Ular Di...

KANGAR — Lazimnya jika jumpa ular tersesat masuk rumah, pihak bomba atau pertahanan...

Pemandu Langgar Atlet Kayak...

Johor Bahru : Atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, retak bahu...

‘Saya Tak Akan Jadi Pengkhianat’

KUALA LUMPUR: “Saya tidak akan menjadi pengkhianat atau merelakan mana-mana pihak menjadikan parti keramat ini sebagai bahan dagangan,”.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Itu penegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di hadapan lebih 2,000 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Ahmad Zahid berkata, Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO pernah menjadi pembangkang selama 22 bulan dan tempoh itu sudah cukup untuk parti berdepan pelbagai keadaan getir, penuh dengan cabaran dan penghinaan.

“Lihatlah enam tahun ke belakang, tatkala saya menerima amanah menerajui parti ini, bersama saudara-saudara, pelbagai episod yang melanda.

“Parti kita cuba dikuburkan kewujudannya. Pemimpin kita dihina semahunya. Ada yang disogok supaya khianat meninggalkan bahtera, malah undang-undang diperalat mengikut nafsu sang penguasa ketika itu.


“Sehingga ke hari ini, UMNO tidak karam dalam gelombang perubahan. Dengan itu, yakinlah apa pun keputusan yang kita ambil, kita tidak sesekali akan menggadai maruah dan masa depan parti,” katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut meminta pemimpin dan perwakilan supaya membina semula keyakinan rakyat terhadap politik sederhana.

“Kepada ahli parti, kita perlu meletakkan kepercayaan terhadap usaha dan pertimbangan parti dalam mendepani pantasnya anjakan politik semasa yang berlaku.

“Kita tahu kadang-kala mereka jauh hati. Mari kita bekerja bersama dan kita buktikan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori