Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Buaya Haiwan Purba Akan...

KUCHING - Jabatan Hutan Sarawak akan mengekalkan buaya, satu-satunya haiwan spesis purba 'the...

KAFA Minta FAM Jual...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meminta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)...

Garis Panduan Kenderaan Mikromobiliti...

Menteri Pengangkutan berkata pelan dan garis panduan menyeluruh berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan...

Poster ‘Rasis’ Kempen Palang...

WASHINGTON DC - Sebuah poster mengenai kempen keselamatan kolam renang yang diterbitkan Palang...

Semua Kementerian, Jabatan Diarah Tubuh JP4 Pantau Perkhidmatan Dengan Segera

PUTRAJAYA : Setiap kementerian, jabatan dan agensi perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Penambahbaikan Penyampaian Perkhidmatan (JP4) untuk memantau pelaksanaan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan di peringkat masing-masing.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Arahan ini, susulan penekanan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos lepas, mengenai kepentingan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dengan kadar segera.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Anesee Ibrahim, berkata perkara itu melibatkan proses kerja sedia ada yang perlu ditambah baik, serta peraturan-peraturan dan piagam pelanggan yang wajar dikemas kini supaya lebih menepati keperluan rakyat.

“Arahan itu bertujuan untuk memperkemas dan memperkukuh usaha pemantapan tatakelola dalam sistem pengurusan penyampaian perkhidmatan kerajaan,” katanya menerusi surat edaran yang ditandatanganinya bertarikh pada 19 Ogos.


Beliau berkata, bagi memastikan inisiatif itu dilaksanakan secara teratur, JP4 kementerian, jabatan dan agensi perlu menghantar laporan prestasi penyampaian perkhidmatan kepada Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam (BPPD JPA).

“Laporan secara berkala perlu dihantar setiap tiga bulan bagi tujuan pelaporan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA),” katanya.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu diharap dapat diberikan perhatian sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berintegriti dapat direalisasikan.

–BERNAMA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori