Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Miss Bum Bum Tepati...

SUKAR untuk memahami industri modeling di negara benua Amerika Selatan kerana ia seolah-olah...

PRU-15: Rafizi Ketinggalan Di...

Kuala Lumpur : Calon Perikatan Nasional, Muhammad Farique Zubir Albak mendahului dengan 764...

Hanya Orang Gila Talak...

MARANG - PAS menggambarkan pihak yang mengungkit kisah-kisah lama antara parti itu dengan...

Zahid, Isteri Miliki 20...

KUALA LUMPUR - BMW 320i (A), Audi Q7 dan Mercedes Benz CLS 350...

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

Cyberjaya, 19 Ogos 2024 – Kerjasama erat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) bersama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam usaha meningkatkan tahap pematuhan cukai terus diperkukuh menerusi pelancaran “Ops Metro 2024” yang berlangsung selama empat hari bermula 19 Ogos 2024 hingga 22 Ogos 2024 di sekitar Lembah Klang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pelaksanaan program kolaboratif HASiL bersama JKDM ini merupakan siri kedua selepas Ops Gading yang telah diadakan di negeri Pahang pada 31 Julai yang lalu.

Pelancaran operasi bersepadu ini melibatkan Jabatan Pematuhan Cukai, Jabatan Siasatan, Jabatan Perisikan dan Profiling, Jabatan Pungutan Hasil, Jabatan Khas, Cawangan Pembayar Cukai Besar, Cawangan Guaman Lembah Klang, Cawangan Pematuhan Strategik serta pasukan pelaksana dari HASiL Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Objektif Ops Metro 2024 adalah untuk meningkatkan tahap pematuhan cukai dalam kalangan pembayar cukai secara menyeluruh dari segi pendaftaran fail cukai pendapatan, penghantaran borang cukai, pelaporan cukai dan bayaran cukai.

Untuk rekod, pelaksanaan Operasi Pematuhan Cukai ini merupakan siri kelapan dan kesinambungan kepada beberapa operasi yang telah dilaksanakan oleh HASiL sebelum ini iaitu:

i. Ops Hidang di Pulau Pinang;
ii. Ops Borneo di Sabah dan Sarawak;
iii. Ops Zapin di Johor;
iv. Ops Gading di Pahang;
v. Ops Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan;
vi. Ops Pantai Timur di Terengganu dan Kelantan;
vii. Ops Mega Corp di Lembah Klang.

Lima aktiviti operasi percukaian utama menjadi fokus yang ditekankan meliputi aktiviti audit, siasatan, pungutan, guaman dan Lawatan Banci Bisnes (LBB).

Pihak JKDM akan memberi tumpuan kepada aktiviti LBB yang menyasarkan pembesaran asas percukaian termasuk mengenal pasti penyedia perkhidmatan yang berpotensi untuk didaftarkan manakala HASiL akan mengenal pasti pembayar cukai yang menjalankan cash economy dan warga asing yang menjalankan perniagaan.


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL dan turut dihadiri oleh YBrs. Puan Nor Anita Yusoff, wakil dari JKDM, SUPT Saiful Bakri Ahmad Tajuddin, wakil dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta barisan pengurusan kanan HASiL dan JKDM.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL dalam ucapannya menzahirkan ucapan terima kasih kerana operasi ini mendapat sokongan dan kerjasama padu dari pihak JKDM.

Tambah beliau, kerjasama strategik dua agensi penting ini mampu menghasilkan impak besar terutamanya dalam aktiviti penguatkuasaan serta pematuhan cukai secara bersama demi meningkatkan hasil negara.

Diharap sinergi serampang dua mata ini akan terus diperkukuh dalam memastikan agenda percukaian nasional dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan cukai yang akan menyumbang kepada kutipan hasil yang mampan.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:

a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; atau
c) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

-Mynewshub

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori