Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gegaran Turut Dirasai Di...

SEREMBAN : Gempa bumi yang berlaku di Sumatera, Indonesia turut dirasai gegarannya di...

Pelajar UiTM Cedera Parah...

ALOR GAJAH - Seorang pelajar wanita Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Alor Gajah...

Ammar Alfian Dituduh Ugut...

PELAKON Ammar Alfian sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis selepas tersebarnya mesej di...

Rakyat Malaysia Perlu Bersedia...

KUALA LUMPUR - Jumlah rakyat Malaysia yang benar-benar mengambil langkah persediaan dari segi...

Sindiket Dadah Di Kelantan Berselindung Di Sebalik Perniagaan

Kota Bharu : Sindiket dadah di Kelantan dikesan berselindung di sebalik perniagaan bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak polis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mereka berperanan sebagai penaja dan hanya berada di belakang tabir dengan mengatur gerak pengedaran bekalan terbabit.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, disebabkan itu sukar untuk pihaknya menangkap sindiket terbabit bersama dadah.

Menurutnya, kebanyakan mereka hanya menggunakan ‘transporter’ untuk segala urusan dan sebarang transaksi dadah juga tidak membabitkan sindiket berkenaan.

“Saya tidak mahu kata ramai atau tidak, namun ia ada berdasarkan tangkapan yang dilakukan sebelum ini dan membabitkan pelbagai perniagaan.

“Modus operandi ini bukan saja berlaku di Kelantan sahaja sebaliknya di mana-mana negeri pun sama.

“Justeru, bagi membanteras sindiket terbabit, kita turut menumpukan tangkapan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) membabitkan penagih dadah dan tokan kecil.

“Kita mensasarkan seramai 150 tangkapan dibuat menerusi LLPK tahun ini dan setakat ini kita sudah mencapai 60 peratus,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.


Mengulas lanjut katanya, menerusi tangkapan berkenaan pihaknya akan dapat mengesan ketua sindiket pengedaran itu.

“Justeru, kita memohon bantuan pelbagai pihak termasuk maklumat daripada pimpinan masyarakat untuk disalurkan kepada pihak polis bagi memudahkan tangkapan dilakukan.

“Kita yakin dengan operasi secara berterusan dapat menangani kegiatan dadah dan kita akan pastikan Kelantan tidak lagi disebut sebagai negeri yang menjadi transit dadah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki berkata, tangkapan berkaitan kes dadah pada tahun ini meningkat sebanyak 72.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Tahun lalu, seramai 10,264 tangkapan dilakukan, manakala tahun ini 17,796 tangkapan dibuat dari Januari sehingga Julai.

“Peningkatan itu susulan tindakan terancang yang diambil pihak polis selain mengambil kira perkembangan semasa Kelantan berada di negeri bersempadan,” katanya.

-Harian Metro

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori