Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kim Jong-un Dan Bapa...

BRASILIA - Kementerian Luar Brazil kini menyiasat laporan bahawa pemimpin Korea Utara, Kim...

Surat Bocor Dedah Pegawai...

SEPUCUK surat yang bocor menunjukkan setiausaha politik menteri pertanian Salahuddin Ayub mengaku menerima...

MARA Perkenal Program Pendidikan...

PUTRAJAYA - Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memperkenalkan program pendidikan fleksibel di semua...

Najib Terima Kunjungan 11...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan...

Suami Isteri Rugi RM120,000 Terpedaya Panggilan Daripada ‘Polis’

Johor Bahru : Suami isteri kerugian RM120,000 selepas mendakwa terpedaya dengan panggilan daripada individu menyamar sebagai penguat kuasa Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) atau polis.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan dibuat lelaki tempatan berusia 56 tahun itu, semalam.

“Mangsa mendakwa dia dan isteri ditipu oleh individu yang menyamar sebagai penguat kuasa AMLA atau polis, secara dalam talian.

“Akaun bank mereka dikatakan terbabit dalam penipuan menyebabkan mangsa yang percaya melakukan 17 kali transaksi pembayaran melalui mesin deposit ke dalam tiga akaun bank berbeza pada Isnin lalu.

“Jumlah keseluruhan wang yang dipindahkan adalah RM120,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa diberitahu, pembayaran itu adalah untuk pengesahan audit kewangan, namun apabila semua transaksi sudah dibuat, nombor talian sudah disekat.


Katanya, kedua-dua mangsa yang tidak bekerja itu kemudian sedar ditipu, sebelum membuat laporan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu. Siasatan juga akan meliputi pembabitan keldai akaun sekiranya ada dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun yang terbabit,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Sohaimi menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai termasuk sebarang tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan yang mudah, cepat dan tinggi.

Menurutnya, gunakan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) seperti ‘National Scam Response Centre’ (NSRC), CCID Infoline, Semak Mule dan Facebook JSJK Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan sebarang maklumat berkaitan jenayah komersial sebelum membuat sebarang transaksi bayaran kepada pihak lain.

-Harian Metro

  • Lagi berita berkaitan:
  • scam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori