Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Air Dijual Ke Selangor...

KUANTAN - Air mentah dibekalkan ke Selangor bebas daripada pencemaran bauksit, tegas Pengerusi...

Anwar Perlu Dibebaskan Untuk...

KUALA LUMPUR - Banduan Penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibebaskan...

Malaysia Ikrar Tamatkan Konflik...

BANGKOK - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjanjikan bantuan “apa...

P.Pinang Diminta Buat Permohonan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Pulau Pinang diminta membuat permohonan kepada Unit Perancang...

Sudah Lebih 24 Jam, Wanita Warga India Terjatuh Lubang Benam Masih Gagal Ditemui

KUALA LUMPUR : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang benam di Masjid India, di sini, diteruskan selepas lebih 24 jam hilang, dipercayai dihanyutkan arus deras paip kumbahan bawah tanah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Operasi mencari Vijayakumar, 48, yang berasal dari Andhra Pradesh, dijangka diteruskan dalam masa terdekat selepas dihentikan jam 1 pagi tadi susulan hujan lebat.

Tinjauan di lokasi mendapati setakat 10 pagi tadi, pasukan penyelamat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula merancang pergerakan.

Petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat mengawal ketat kawasan terbabit dengan meletakkan pita polis di sekeliling parameter kawasan bagi mengelak diceroboh orang awam.

Setakat ini, belum dapat dipastikan apa perancangan pasukan penyelamat seterusnya, malah dua jengkaut yang digunakan untuk membesarkan lubang benam itu sejak semalam didapati sudah tiada di lokasi.


Terdahulu media melaporkan pasukan penyelamat, memfokuskan pencarian pada kawasan saluran paip kumbahan di bawah tanah kawasan kejadian.

JBPM menggunakan khidmat Unit Skuba dalam mencari mangsa selepas khidmat anjing pengesan menemui jalan buntu.

Indah Water Konsortium (IWK) turut komited dalam membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa dengan membuka setiap lurang pembentungan sehingga ke loji rawatan di Pantai Dalam, di sini.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori