Wednesday, September 18, 2024

Creating liberating content

Bella Astillah Kecewa, Aliff...

Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram, Bella Astillah meluahkan rasa kesal dengan tindakan terbaru...

Muhyiddin Selesai Menghadap Yang...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yasin dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara di...

7 Kanak-Kanak Maut, Periuk...

NEW YORK - Tujuh kanak-kanak yang mempunyai pertalian keluarga terkorban di New York...

Perkhidmatan Wayang Mini Kini...

RAMAI yang bertanyakan soalan bagaimanakah caranya untuk menonton filem secara online di peranti...

Tanah Jerlus: Anggota Bomba Bergilir Turun Loji IWK

KUALA LUMPUR : Anggota bomba yang bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, dilihat bergilir-bergilir memasuki loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam, difahamkan sedalam bangunan lima tingkat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Berdasarkan tinjauan Bernama di lokasi, tidak kurang tiga anggota bomba yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE), menggalas tangki oksigen dan alatan pernafasan bergilir-gilir memasuki loji terbabit dengan setiap kali pusingan pencarian dianggarkan mengambil masa selama sejam.

Difahamkan, pihak IWK telah pun mengeringkan loji itu sebelum anggota bomba masuk untuk melakukan pencarian di dasar loji yang menyimpan bahan kumbahan penduduk di sekitar ibu kota.

Dikatakan juga, terdapat pelbagai jenis gas berbahaya di dalam loji berkenaan antaranya gas hidrogen sulfida dan gas metana yang bukan sahaja beracun, tetapi juga mudah terbakar.


Pada Jumaat lalu, mangsa yang dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan menuju ke sebuah kuil berhampiran untuk bersarapan sebelum kejadian itu berlaku. 

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori