Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penyanyi Terkenal Pakistan Maut...

PENYANYI terkenal Pakistan, Amjad Sabri, 45, maut selepas ditembak oleh penyerang yang menaiki...

Video: Drone Rakam...

SIAPA yang boleh lupa dengan tragedi Highland Towers di Ulu Klang yang telah...

Ananda Rugi RM27 Bilion...

NEW DELHI - Taikun bisnes Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan bakal kerugian sebanyak...

4 Pekerja Taman Tema...

ALOR GAJAH - Empat juru kaunter tiket di taman tema air A'Famosa Resort...

Tiada Kecederaan Fizikal, Polis Siasat Kes Nidza Afham Sebagai Mati Mengejut

KUALA LUMPUR : Polis menunggu keputusan makmal bagi mengetahui punca sebenar kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, yang mayatnya ditemukan di Sungai Klang, semalam.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Shah Alam yang selesai pada jam 3 petang tadi tidak menemukan sebarang kecederaan fizikal pada tubuhnya.

“Bedah siasat dijalankan pada jam 11 pagi hingga 3 petang ke atas mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar, hari ini.

“Punca kematian ‘pending laboratory investigation’ (menunggu siasatan makmal) dan lain-lain kecederaan fizikal tiada,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Berikutan itu, katanya siasatan sedang diteruskan dan buat masa ini, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Dalam pada itu, katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkait ke situ diminta tampil membantu siasatan polis.

Katanya, maklumat boleh disalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerusi talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Semalam, Hussein mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di Sungai Klang, petang semalam adalah Muhammad Nidza Afham.

Afham dilaporkan hilang jam 7.45 petang kelmarin selepas keluar berjoging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam sebelumnya.

Dompet dan telefon bimbit Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie dan pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku, ditemui di Jambatan Sungai Klang.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya belum dapat mengklasifikasikan kematian Nidza Afham sebagai kes jenayah atau sebaliknya.


Perkara itu, katanya bergantung kepada keputusan hasil bedah siasat sebagai petunjuk arah siasatan, selain belum ada saksi yang tampil memberikan maklumat berhubung penemuan mayat itu.

Hussein semalam mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di Sungai Klang sebagai Afham.

Mangsa dilaporkan hilang selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Sulaiman di Klang, dengan komunikasi terakhir bersama teman wanitanya melalui telefon bimbit pada jam 9.04 malam.

Pencarian di kawasan sekitar Jambatan Kota berhampiran Sungai Klang berdasarkan lokasi dikesan melalui aplikasi ‘Find My Iphone’ sebelum menemukan dompet dan telefon bimbit Nidza Afham, namun kad debit bersama wang tunai dikatakan hilang.

Sementara itu, adik Afham, Aufahanie ketika ditemui di hospital berkata teman wanita Nidza Afham dikenali Miera adalah orang terakhir dihubungi Allahyarham sebelum dia dilaporkan hilang, kelmarin.

Aufahanie berkata, mereka sekeluarga berterima kasih kepada Miera kerana dia yang memaklumkan mengenai kehilangan abangnya.

“Dia tak jangka langsung menjadi orang terakhir yang berhubung dengan abang. Kalau bukan sebab dia, kami mungkin tak sedar dia hilang.

“Waktu kami sedar pun sudah jam 1.30 pagi. Umi (ibu) dan adik dah tidur. Jadi, kalau sampai bangun pagi tak perasan dia tak ada dalam bilik, memang tak sedarlah.

“Tapi, sebab Miera dapat kesan lokasi telefon dia, kami dapat cari dengan pantas lokasi itu. Dia sekarang sangat beremosi dan ada bersama dengan umi,” katanya.

Aufahanie berkata, setiap hari dia memang akan berhubung dengan abangnya kerana mereka tinggal berasingan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori