Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ada Kesan Dicucuh Api...

Johor Bahru : Polis mengesahkan terdapat kecederaan baharu dan lama di seluruh badan...

Tiada Rancangan Perkenal Cukai...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan cukai baharu ketika ekonomi negara di ambang...

Parah Ketika Cuba Berselfie...

Rusia – Bukan semua tempat boleh berselfie. Itu ingatan kepada semua terutama remaja....

Nak Tegur Boleh, Tapi...

MUNGKIN disebabkan usianya yang masih mentah membuatkan penyanyi Ara Johari seperti tidak dapat...

Tragedi 3 Sekeluarga Maut: Suspek Bunuh Dan Bakar Rumah Dituduh Esok

Muar : Suspek kes bunuh dan bakar rumah hingga mengorbankan tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh, minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, di sini, esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Suspek berusia 48 tahun akan berhadapan empat pertuduhan termasuk tiga daripadanya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala satu lagi Seksyen 326 kanun sama.

Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh manakala Seksyen 326 mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang mangsa yang juga anak saudaranya yang kini masih menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Lelaki yang masih bujang dan penganggur itu masih dalam tahanan reman sejak Rabu lalu dan akan berakhir esok.

Rabu lalu, suspek berjaya diberkas oleh anggota polis ketika merayau di Bukit Bintang, Kuala Lumpur selepas disyaki membunuh dan membakar rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh pada 9 Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa terkorban ialah ibu bapa suspek, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abd Hamid, 76, serta anak saudaranya, Noradriana Nor Hasyim, 11.

Seorang lagi mangsa, Norazmina Mohd Radhi, 14, yang parah akibat dipukul suspek, terselamat dalam kejadian itu.


Jenazah Mohamed Nor dan Ara masing-masing dikebumikan dalam satu liang lahad bersebelahan pusara cucu dan anaknya Nurul Armiza, Jumaat lalu.

Kes ini pada awalnya diklasifikasikan mati mengejut kemudiannya bertukar kepada kes bunuh susulan laporan bedah siasat mendapati terdapat unsur jenayah.

Jasad pasangan ditemui rentung dalam rumah manakala Noradriana meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Ketika kejadian, terdapat lima sekeluarga dalam rumah terbabit namun suspek melarikan diri dengan menunggang motosikal.

Kenderaan itu ditemui polis di Terminal Bas Bentayan di sini, dengan suspek melarikan diri dengan membawa beg pakaian ke ibu kota.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori