Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Michael Carrick ‘Tuntut’ Trofi...

PEMAIN Manchester United, Michael Carrick, menegaskan pasukannya wajib meraih trofi pada musim 2017/18.Selain...

Ibu Dakwa Bayi Digigit...

KLUANG: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan mengalami kesan gigitan di badan, manakala...

Istiadat Angkat Sumpah Exco...

SEREMBAN: Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan akan...

Editor Sarawak Report Hadir...

KUALA LUMPURv- Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown hadir di Kompleks Mahkamah Kuala...

Tujuh Kes Cubaan Seludup Dadah Ke Penjara Guna Dron

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan tujuh kes cubaan menyeludup dadah menggunakan dron ke dalam penjara seluruh negara, sepanjang tahun ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin, berkata kes dilaporkan berlaku di Kedah, Perak, Melaka, Kelantan dan Sarawak dengan kes terbaharu membabitkan Penjara Tapah, Perak.

Katanya, belum ada tangkapan dilakukan untuk semua kes setakat ini dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Antara dadah cuba diseludup masuk dan berjaya dirampas ialah ganja, heroin, syabu, ketamin dan pil yaba dengan keseluruhan rampasan dianggarkan seberat 632.88 gram (g).

“Penggunaan dron untuk menyeludup masuk dadah bukan kes baharu sebaliknya pernah dilaporkan berlaku di Johor pada 2020,” katanya di sini, hari ini.

Dalam kes itu, Kok Chin berkata, seorang lelaki warga Singapura ditahan kerana kesalahan mengedar dadah menggunakan dron ke Singapura membabitkan rampasan 13.6g syabu, pil ekstasi (11.83 g) dan heroin (2.5 g).


Media sebelum ini melaporkan satu cubaan menyeludup dadah dengan menggunakan dron dikesan cuba diterbangkan masuk ke dalam Penjara Tapah.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, dilaporkan berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 5 petang, Jumaat lalu daripada seorang kakitangan penjara yang menemui dron berwarna putih di bumbung sebuah blok penjara.

Dron berkenaan dijumpai semasa kakitangan bersama anggota lain membuat rondaan jam 11.30 pagi hari terbabit.

Dalam pada itu, Kok Chin berkata, pihak JSJN menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung taktik berkenaan termasuk mengesan pelaku.

Beliau berkata, pihaknya percaya sindiket disyaki menggunakan dron bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan siasatan akan dijalankan sekiranya terdapat penyalahgunaan teknologi itu.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori