Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Piala Dunia: Neymar Cedera,...

KEM Brazil menerima berita buruk apabila bintang sensasinya, Neymar terpaksa meninggalkan sesi latihan...

Misi Kedua Bawa Pulang...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, seramai 75 warganegara...

Wujudkan Rumah Sementara Bagi...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan kerajaan negeri...

Mengapa Lebuh Raya PLUS...

PADA tahun 1986, Mahathir Mohamad telah membuat keputusan memilih untuk anugerah projek Lebuh...

Tular Hentikan Kenderaan Di Tengah Jalan, Pemandu EXCO Johor Diberi Amaran

JOHOR BAHRU : Pemandu kepada seorang EXCO kerajaan negeri yang menghentikan kenderaan di tengah jalan untuk menegur seorang pemandu lain yang rakaman video mengenainya tular di media sosial, telah diberikan amaran.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han, berkata amaran dikeluarkan pihak pentadbiran kerajaan negeri dan memaklumkan ketika kejadian itu, beliau tiada dalam kenderaan terbabit.

“Kejadian itu sudah lama, bukan baru-baru ini, cuma baru beberapa hari ini, ia tular di media sosial. Pemandu mengaku perbuatannya menghentikan kenderaan lain kerana pemandu kenderaan itu memandu secara berbahaya.

“Menurutnya, tindakannya untuk memberikan nasihat kepada pemandu kenderaan terbabit, mungkin cara dan nada suaranya agak kurang sesuai. Dia telah diberikan amaran oleh pengurusan kerajaan negeri.

“Dia juga telah diminta untuk memberikan kerjasama sekiranya terdapat laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ting Han mewakili pemandu kenderaan rasminya itu, turut meminta maaf sekiranya kejadian terbabit menyebabkan perselisihan faham antara mana-mana pihak.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat, memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.

“Hasil semakan mendapati tiada laporan polis dibuat berkait insiden itu di kawasan IPD JBS. Hasil pengamatan kasar ke atas video tular di Tiktok, mendapati kejadian mungkin pada 12 Disember tahun lalu, sekitar jam 8:33 malam,” katanya.

Terdahulu, rakaman video tular berdurasi satu minit 28 saat memaparkan pemandu berkenaan menghentikan sebuah kenderaan lain yang dipercayai dipandu secara berbahaya di sekitar bandar raya ini.

Lelaki itu kemudian dilihat keluar dari kenderaan dan menegur pemandu kenderaan yang dihentikannya dengan nada yang kedengaran agak kasar.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori