Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Astaga.. Pelajar Selamba Hantar...

SUDAH jadi lumrah buat mereka yang memilih kerjaya guru untuk berhadapan dengan pelajar yang...

Pemandu E-Hailing, Teksi Wajib...

IPOH – Pemandu penyedia perkhidmatan e-hailing dan teksi diwajibkan mendaftar serta membuat caruman...

Perbincangan HSR Malaysia-Singapura Bulan...

KUALA LUMPUR - Perbincangan antara Malaysia dan Singapura mengenai projek Kereta Api Berkelajuan...

50 Kes Kebakaran Direkodkan...

IPOH - Lima puluh kes kebakaran direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)...

Tunggu Allah Turunkan Hujan, Empangan Akan Penuh Balik – Sanusi

Tunggu Allah turunkan hujan bagi menampung kekeringan air takungan empangan di Kedah, kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jelasnya, sungai di negeri itu tidak berdepan masalah kekeringan sehingga menjejaskan sektor pertanian.

“Yang kering takungan di empangan, sungai mengalir, tunggu Allah turunkan hujan kita doa kepada Allah turun hujan.

“Hujan datang insya-Allah takungan air empangan akan penuh balik, tanya penyelesaian manusia kerja Tuhan tak ada boleh buat, hanya Allah sahaja mampu selesaikan.

“(Di kawasan) Padi pun air telah dilepaskan ke bendang jadi tak jejaskan kawasan pertanian padi,” katanya ketika ditemui di Renok Baru, Gua Musang, hari ini.

Pada 1 Ogos lalu, Sanusi menolak dakwaan penyusutan takungan air empangan di negeri itu disebabkan aktiviti pembalakan.


Katanya, kemarau yang panjang menjadi penyebab kepada penyusutan air berkenaan selain penyaluran air serentak untuk kegunaan pertanian, domestik dan industri.

“Tidak ada pembalakan di 72,000 hektar (Hutan Simpan Ulu Muda). Di luar itu (kawasan tadahan air) ada kelulusan lama yang ditebang ikut kuota Jabatan Perhutanan iaitu 4,200 hektar setahun di seluruh Kedah,” katanya.

Mengikut laman web Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) pada 1 Ogos, paras air di Empangan Muda berbaki lapan peratus, Empangan Pedu (39.09 peratus) dan Empangan Ahning (81.80 peratus), dengan purata keseluruhan takungan air bagi ketiga-tiga empangan adalah 43.68 peratus.

Mada dalam kenyataan semalam memaklumkan Operasi Pembenihan Awan (OPA) selama tiga hari bermula Isnin lepas mencatatkan penurunan hujan sebanyak dua milimeter (mm) di kawasan tadahan Empangan Muda.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori