Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Ansuran Bulanan RM50 Mangsa...

SUNGAI PETANI - Seramai 126 keluarga mangsa tsunami yang ditempatkan di Taman Permatang...

Ada ‘Bising’ Bekas Bos...

IBARAT rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi. Ini kisah pelik dalam Parti...

Cuba Serang Pegawai Polis...

IPOH - Empat pelanggan lelaki di sebuah pusat hiburan di sini ditahan selepas...

Gempa 6.4 Magnitud Gegar...

SYDNEY – Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda kawasan berhampiran New Ireland, Papua...

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

ISTANBUL – Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu yang mensasarkan pertubuhan pengganas.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Turkiye diancam beberapa serangan besar-besaran dipercayai angkara Daesh termasuk insiden tembakan di kelab malam pada 2017 yang mengorbankan puluhan orang.

Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya menyiarkan kenyataan di X berkata, serbuan tersebut dibuat di seluruh negara termasuk ibu negara Ankara dan Istanbul.

Tambahnya, penahanan seramai 119 orang dalam minggu ini termasuk 99 lagi yang dibuat pada awal bulan ini.


Sejak keruntuhan kumpulan Daesh pada tahun 2019, beberapa anggota kumpulan itu disyaki telah menetap di Turkiye.

Pihak berkuasa Turkiye berkata sejak Jun 2023 lebih 3,600 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan itu telah berjaya ditangkap.

Menurut pihak berkuasa tempatan, dua daripada penyerang yang membunuh 145 orang di Dewan Bandaraya Crocus di Moscow Mac lalu, telah menghabiskan beberapa minggu di Turkiye sebelum menuju ke Rusia.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori