KUALA LUMPUR: UMNO berharap untuk kembali menjadi parti dominan dan bebas memilih mana-mana parti menjadi rakan kongsi politik yang dapat menerima agenda pemerkasaan Islam dan Melayu, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
“Kita berhak kembali dominan dengan jalan yang kita pilih sendiri. Kita dengan cara kita. Pendirian ini juga bagi menjamin rakyat tidak diperjudikan dengan politik emosi atau sentimen yang merugikan,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Dalam ucapan dasar di hadapan lebih 6,000 perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2024, di sini hari ini, beliau berkata, Ahmad Zahid berkata, usaha untuk memastikan agar UMNO terus dominan dalam menguasai dan mempunyai pelbagai kelebihan, amat penting.
Yang turut hadir, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup serta pimpinan parti Friends of Barisan Nasional (BN).
Timbalan Perdana Menteri menegaskan, walaupun UMNO menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan ketika ini, parti tidak pernah disekat untuk memasang cita-cita besar berkenaan.
BHonline-