Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Manfaat Demokrasi Digital Pembangunan...

KUALA LUMPUR - Konsep demokrasi digital atau kebebasan bersuara menggunakan saluran media sosial...

Anak Etnik Rohingya Cari...

KUANTAN - Menempuh perjalanan penuh liku selama lebih sebulan termasuk menumpang lori kargo...

30,000 Kit Makanan Untuk...

KOTA BAHARU - Sebanyak 30,000 kit makanan disediakan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan...

Ambulans Terbalik, Empat Termasuk...

SEREMBAN: Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit terbalik menyebabkan empat individu cedera selepas...

Wanita Hilang Lebih RM290,000 Dijanjikan Durian Runtuh

SEGAMAT : Seorang wanita kerugian lebih RM290,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan palsu membabitkan pertukaran mata wang asing.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mangsa berusia 47 tahun dihubungi sindiket melalui WhatsApp mengenai tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan, sebelum membuat berpuluh-puluh transaksi ke pelbagai akaun dengan jumlah RM294,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Ng Swie Chait, berkata mangsa hanya menyedari ditipu selepas janji pulangan durian runtuh sekelip mata tidak menjadi kenyataan dan menyemak laman sesawang pelaburan berkenaan, sebelum membuat laporan polis malam tadi.


“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Segamat membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek untuk siasatan lanjut.

“Polis menasihatkan orang awam membuat semakan dengan pihak berkuasa dan Bank Negara sebelum menyertai apa-apa skim pelaburan atau skim cepat kaya untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori