Sandakan : Seorang wanita berusia 34 tahun berjaya diselamatkan selepas terjatuh ke laut melalui lubang lantai kediamannya di rumah atas air di Jalan Buli Sim-Sim Jambatan 23, di sini, jam 10.20 pagi tadi.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian, jam 10.24 pagi sebelum 11 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi.
“Sebaik tiba, mangsa sudah diangkat ahli keluarganya sebelum kami bersama penduduk kampung membawanya naik ke daratan.
“Kami beri rawatan awal kepada mangsa yang separa sedar sebelum diserah kepada pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa ke Hospital Sandakan,” katanya pada kenyataan.
-Harian Metro