Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bomba Malaysia Sedia Bantu...

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedia membantu Indonesia memadam kebakaran...

Industri Kraf Mampu Hasilkan...

KUALA LUMPUR - Persepsi masyarakat yang beranggapan bahawa industri kraf sebagai satu perusahaan...

Disney Haramkan Penggunaan Monopod...

DISNEY dalam satu kenyataan rasmi dilaporkan telah mengharamkan penggunakan kayu selfie atau lebih...

Lelaki Bikin Kecoh, Datang...

MENGEJUTKAN… Seorang penumpang sebuah pesawat telah datang ke sebuah lapangan terbang untuk mendaftar...

WHO Mahu Akses Terhadap Ujian Diagnostik Mpox Dipercepat, Diperluas

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meminta syarikat pengeluar berkaitan supaya mengemukakan produk perubatan masing-masing untuk semakan kecemasan, bertujuan mempercepatkan akses terhadap ujian diagnostik bagi cacar monyet atau mpox.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Agensi antarabangsa itu sudahpun mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar produk berkenaan mengenai perlunya diagnostik yang berkesan, terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Justeru bagi memperluas akses kepada perkhidmatan diagnostik dengan segera, WHO meminta syarikat pengeluar menyerahkan permohonan untuk Senarai Penggunaan Kecemasan yang akan membolehkan agensi itu meluluskan produk perubatan seperti vaksin, kit ujian dan rawatan.

Proses itu bertujuan membantu negara-negara untuk memperoleh produk yang sangat diperlukan seperti kit ujian, melalui agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kongsi lain.

Pada awal bulan ini, WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global selepas penularan baharu virus itu mencetuskan kebimbangan kerana dilihat mudah merebak melalui kontak rapat secara rutin.

Sweden dan Thailand telah mengesahkan kes membabitkan virus strain Ib yang kini menular di luar Republik Demokratik Congo serta negara-negara jirannya.

Dalam minggu ini saja, Congo sudahpun merekodkan sejumlah 1,000 kes disyaki mpox, sekali gus mendorong peningkatan mendadak terhadap keperluan untuk melakukan ujian diagnostik, menurut WHO.


WHO akan membekalkan sebanyak 30,000 lagi kit ujian kepada negara-negara benua Afrika dalam beberapa minggu mendatang.

Agensi itu juga mengemas kini garis panduan ujian diagnostik yang dikeluarkannya bagi mengesan strain baharu virus berkenaan, selain bekerjasama dengan negara lain untuk melaksanakan garis panduan terbabit.

Selain itu, pengeluar diagnostik in-vitro diminta untuk menyediakan data yang ada mengenai kualiti, keselamatan dan prestasi ujian berkenaan kepada WHO dengan secepat mungkin.

Awal minggu ini, firma diagnostik Labcorp memaklumkan bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan pengawal selia kesihatan Amerika Syarikat (AS) untuk menentukan sama ada ia perlu meningkatkan kapasiti ujian mpox.

Syarikat pengeluar ubat-ubatan Switzerland, Roche pula dilaporkan berusaha secara aktif untuk meningkatkan kapasiti ujian makmal bagi mpox di seluruh dunia. – REUTERS

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori