Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SKMM Turut Siasat Dana...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyiasat aduan berhubung...

Tarif Perkhidmatan Pembentungan Kategori...

KUALA LUMPUR : Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengesahkan tarif perkhidmatan pembetungan...

Mukhriz Terima Kunjungan Hormat...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir hari...

Tunku Ismail Bukan Wakil...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tanpa berselindung berkata Tengku...

122,062 Murid Tahun 1 Ikuti Program Intervensi

PUTRAJAYA – Seramai 122,062 daripada 448,113 murid Tahun 1 mengikuti program intervensi yang dijalankan selama tiga bulan bermula Ogos lepas.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, program tersebut khusus untuk murid yang belum menguasai literasi dan numerasi pada tahap minimum.

“Daripada jumlah tersebut, 45,465 murid belum menguasai literasi, 13,669 murid tidak mencapai tahap penguasaan minimum numerasi manakala 62,928 murid belum menguasai kedua-duanya,” katanya menerusi sidang akhbar Intervensi Kurikulum di sini pada Isnin.

Ujar beliau, saringan akan dilakukan sekali lagi apabila tempoh intervensi fasa pertama itu tamat selepas tiga bulan.

“Sekiranya mereka berjaya menguasai tahap penguasaan minimum, murid-murid akan kembali ke kelas arus perdana seperti sebelumnya.

“Jika masih belum mencapai tahap penguasaan minimum, murid-murid akan meneruskan program intervensi fasa kedua bagi tempoh tiga bulan berikutnya,” jelas Azman.

Menurutnya, langkah seterusnya akan dipertimbang Kementerian Pendidikan (KPM) berdasarkan keputusan saringan program intervensi kedua kelak.

“KPM tidak mempunyai dasar untuk menyekat murid dari menaiki darjah seterusnya, tetapi kita akan meneruskan intervensi bersesuaian bergantung kepada saringan fasa 2,” jelasnya.


Ditanya adakah murid berkenaan ditempatkan di dalam bilangan kelas lebih kecil, Azman berkata, ia bergantung kepada pengurusan sekolah dan guru-guru terlibat.

“Kebiasaannya, di sekolah kumpulan murid dalam jumlah lebih kecil adalah lebih baik dan mudah untuk diberi bimbingan bagi memastikan mereka lebih kompeten,” katanya.

Pada Mac lalu, KPM menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara.

Ia termasuklah penstrukturan semula sistem prasekolah, kurikulum persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.

Program intervensi adalah inisiatif kedua dalam reformasi pendidikan negara.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori