Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tiada Kesilapan Dalam Kiraan...

IPOH - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menepis dakwaan berlaku kesilapan dalam kaedah...

Kempen PRU14 BN Labuan...

LABUAN - Calon Barisan Nasional (BN) Labuan, Datuk Rozman Isli berpuas hati dengan...

PAN: Raja Berperlembagaan Tak...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa Presiden Pelindung Khazanah Alam Sekitar...

Bekas Ketua Pemuda Pas...

ATAS kertas belum cukup sebulan kalah, namun bekas Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan...

171 Tangkapan Op Global Direman 7 Hari

Kuala Lumpur : Kesemua 171 tangkapan Op Global, direman tujuh hari bagi membantu siasatan eksploitasi 402 kanak-kanak dari 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi bagi melengkapi siasatan serta tindakan susulan ke atas mangsa-mangsa.

“Kita perlu teruskan siasatan bagi melihat apa lagi tindakan yang boleh diambil, terutamanya dari segi pendidika. Kita tahu bahawa yang berumur sepatutnya bersekolah, tapi ini tidak ke sekolah dan dia ada pendidikannya sendiri. 

Kita mungkin akan berhubung dengan kementerian pendidikan juga.

“Apabila dia buka rumah amal ini, kononnya untuk anak yatim, kita juga nak melihat adakah rumah amal ini didaftarkan, itu semua siasatan kita, daripada situ juga mungkin ada kesalahan-kesalahan lain yang kita boleh lihat lagi, akan ada saksi-saksi yang akan tampil,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa masih dalam proses dokumentasi dan pemeriksaan kesihatan.

“Kita rasa perlu untuk kita ambil DNA, pasal bapa-bapa mereka, kita tahu adalah ahli-ahli GISB itu sendiri. Tentang aspek kesihatan dan kebajikan, agensi seperti Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memang sentiasa ada dengan kita dan ditempatkan di PULAPOL,” katanya.


Tambahnya lagi buat masa ini, kesemua premis yang diserbu semalam, ditutup buat sementara waktu, dan berkemungkinan akan diambil tindakan sita.

Semalam, 20 premis yang disyaki mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat tempatan menjalankan pelbagai perniagaan di seluruh negara dan beberapa negara lain, digempur Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Seramai 171 individu, termasuk 105 wanita berusia antara 17 hingga 64 tahun, dipercayai penyelia dan penjaga premis, ditahan.

Razarudin dalam sidang media semalam memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611], Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 [792], Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 ATIPSOM [Akta 670].

Selain itu, kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan [Akta 574] dan undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa turut akan dilihat.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori