Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

8 Tan Mercun Bernilai...

MACHANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lapan tan mercun dan...

Pengantin Lelaki Beri Penjelasan...

BERKAITAN kes pengantin lelaki ditumbuk yang jadi viral di media sosial dalam kejadian...

Azmin Akan Jumpa Dr...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengadakan...

“Loris Karius Sila Datang...

PENJAGA gol Liverpool Loris Karius ditawarkan laluan keluar dari Anfield. Karius berdepan mimpi ngeri...

23 Rakyat Malaysia Di Lubnan Selamat – Wisma Putra

PUTRAJAYA – Seramai 23 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan disahkan berada dalam keadaan selamat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Luar Negeri (KLN) memaklumkan pihaknya sedang memantau perkembangan terkini di negara itu susulan serangan di Beirut dan peningkatan pertempuran rentas sempadan di selatan Lubnan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kementerian ini ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia yang menetap di Lubnan supaya sentiasa berwaspada terhadap keselamatan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar KLN, rakyat Malaysia yang mempunyai perancangan untuk ke Lubnan turut dinasihati agar menangguhkan perjalanan berikutan keadaan yang tidak menentu di negara tersebut.


“Kedutaan juga sentiasa berkomunikasi dengan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang berkhidmat dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)untuk memastikan keselamatan pasukan pengaman kita,” jelas kementerian itu.

Tambahnya, mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi pihak kedutaaan di alamat Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lubnan atau talian 961 7677 2527, 961 7138 0063 dan menerusi [email protected].

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori