Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut Tertidur Dalam...

IPOH: Wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta berkunci di kawasan parkir hadapan...

Terengganu FC Mara Ke...

JOHOR BAHRU - Terengganu FC menempah slot ke final Piala Malaysia 2018 ​​​​​​​apabila...

Derita Si Comel, Anak...

SEEKOR kucing betina peliharaan sebuah keluarga dari Mendocino County, California berdepan detik cemas...

Kecoh Gadis Dirogol Di...

RATUSAN orang mengamuk dan menyerbu sebuah hospital di India selepas berita seorang gadis...

4 Tuntutan MA63 Belum Ada Persetujuan – Fadillah

KOTA KINABALU : Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan empat perkara dalam rundingan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) belum mendapat persetujuan daripada Sabah dan Sarawak.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Perdana Menteri berkata empat perkara itu adalah berkaitan sempadan laut, royalti minyak, duti setem dan tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen mewakili Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, empat perkara itu akan terus dibincangkan sehingga satu penyelesaian yang boleh dipersetujui kedua-dua negeri dan Persekutuan dapat dihasilkan.

“Saya percaya dengan kebijaksanaan semua pemimpin, kita akan menemukan penyelesaian,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah berkata perkembangan rundingan mengenai empat perkara itu akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri dalam tempoh tiga bulan selepas mesyuarat hari ini.


Sementara itu, beliau berkata mesyuarat hari ini turut membincangkan mengenai perwakilan kuasa kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak untuk melantik pegawai pendidikan daerah, pengetua dan guru besar bagi mengisi kekosongan dan pemangkuan jawatan.

Selain itu, katanya perbincangan juga tertumpu kepada obligasi kewangan Persekutuan di bawah Senarai III, Senarai Bersama, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan duti setem dikenakan ke atas instrumen pemindahan, caj, menyewakan tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah dan Sarawak.

“Perkara atau tuntutan lain berkaitan MA63 yang masih belum selesai akan terus dibincang dan dipantau dalam platform rundingan lain iaitu Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 yang dipengerusikan saya sendiri dan beberapa Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan di peringkat kementerian atau agensi berkaitan.

“Ia bagi memastikan tuntutan yang masih belum selesai itu diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori