Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Zaharudin Dilantik Ketua Pegawai...

KUALA LUMPUR - Bekas Pegawai Prinsipal Etiqa Singapura, Zaharudin Daud dilantik sebagai Ketua...

MH17: Pastikan Laluan Penghantaran...

SEPANG - Pihak berkuasa akan memastikan semua jalan serta laluan bagi penghantaran jenazah...

India Cipta Rekod Dunia...

UNIK... Ratusan peserta sebuah kongres perubatan di India catat rekod dunia Guinness baharu...

Boleh Bayar Tol Guna...

PUTRAJAYA : Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) menjadi yang pertama melaksanakan Sistem Pembayaran Tol...

Anggota URB Cedera Dilanggar Lari

Kuala Lumpur : Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Setapak cedera ringan apabila dilanggar lari sebuah kereta di Jalan Gombak, di sini, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 12.11 tengah hari, kelmarin.

“Anggota URB yang terbabit dalam kemalangan itu dilaporkan mengalami luka di bahagian siku.

“Sehingga kini, pemandu kenderaan terbabit masih gagal membuat laporan dan polis sedang mengesan kenderaan serta pemandu berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan rekod, alamat kenderaan itu adalah di Pulai, Johor.


“Bagaimanapun, pemeriksaan dijalankan mendapati kediaman terbabit kosong.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 43 saat yang memaparkan kereta berkenaan dipandu laju dan melanggar motosikal ditunggang anggota terbabit tular di media sosial, hari ini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori