Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Padah Anggota Polis Rogol,...

SEORANG anggota polis di United Kingdom (UK) yang merakamkan dirinya merogol seorang wanita...

1,924 Kes Baru, Tiga...

Sebanyak 1,924 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,830,214.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

12 Lagu Diumumkan Layak...

SHAH ALAM - 12 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 29...

Pahang Sumbang RM90,000 Kepada...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang menyampaikan sumbangan bernilai RM90,000 kepada Markas Wilayah...

Anwar Adakan Lawatan Dua Hari Ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan dua hari ke Sabah bermula hari ini di Kota Kinabalu dan Lahad Datu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Pada Khamis, Anwar dijadual melawat Felda Sahabat di Lahad Datu pada sebelah pagi untuk menghadiri Karnival Segalanya Felda.

Hajiji turut dijadual hadir pada karnival berkenaan.


Pada majlis itu, Anwar akan disambut dengan persembahan kebudayaan tarian sambut tamu negeri Sabah dan tayangan video bertajuk ‘Mimpi Seorang Ayah’ yang memaparkan kisah peneroka Felda.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, yang juga akan dihadiri Hajiji.

Anwar dijadual berlepas pulang pada petang Khamis. 

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori