Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Barcelona Belum Putus Asa,...

BARCELONA mengemukakan bidaan ketiga bernilai 55 juta pound sterling (RM293 juta) kepada Chelsea...

Hujan, Ribut Petir Di...

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan dan ribut...

Pihak Swasta Dipelawa Tetas...

PORT DICKSON - Jabatan Perikanan Malaysia mengajak pihak swasta untuk bersama-sama terlibat dalam...

Respon Abam Bocey Bila...

SUDAH menjadi lumrah atau ikutan orang kita, bagi yang sudah mendirikan rumah tangga...

Bahan Kimia Dilupus Secara Haram Disyaki Cemar Sungai Teritit

PEKAN : Pencemaran Sungai Teritit di Merchong, dekat sini yang dikesan kelmarin, dipercayai berpunca daripada pelupusan bahan kimia sehingga menyebabkan air berbuih dan mengeluarkan bau tidak menyenangkan.

Keadaan itu meresahkan penduduk tiga kampung berhampiran, Kampung Merchong dan dua lagi yang dihuni masyarakat Orang Asli, iaitu Kampung Serun dan Kampung Chenkeroh yang bimbang dengan kesan sampingan pencemaran sumber air berkenaan.

Penduduk Kampung Merchong, Ismail Kasim, 52, berkata ini kali pertama sungai berkenaan tercemar yang disedari beberapa penduduk selepas mendapati air Sungai Teritit berbuih dan mengeluarkan bau sebelum mereka melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Bahan kimia dibuang di tepi Jalan Nenasi-Rompin dan penduduk mendakwa ia dalam bentuk asid, mengalir masuk Sungai Teritit yang turun ke Sungai Palas dan kemudian ke laut. Kami bimbang pencemaran boleh menyebabkan ikan mati dan menjejaskan hidupan air,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Ariff, berkata wakilnya bersama pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang sudah meninjau lokasi pencemaran, termasuk Sungai Teritit.


Beliau menasihatkan penduduk lebih berhati-hati dan mengelak melakukan sebarang aktiviti di kawasan berhampiran seperti memancing dan mengambil hidupan air dari parit sekitar kawasan berkenaan, termasuk Sungai Teritit.

“Air Sungai Teritit tercemar akibat sumber yang belum dikenal pasti. Bagi mengelak sebarang risiko dan masalah kesihatan, penduduk dinasihatkan tidak menghampiri sungai terbabit. Semua agensi bertanggungjawab telah dimaklumkan dan tindakan sedang diambil,” katanya.

Selain JAS, lokasi pencemaran turut ditinjau pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Nenasi, manakala sampel bahan kimia yang dipercayai punca pencemaran diambil untuk analisisi Jabatan Kimia.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori