Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Pemandu Kantoi Guna...

DI zaman yang serba canggih ini, sila fikir banyak kali sebelum melakukan perkara...

Anwar : Teruskan Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Datang Awal Ke Sambutan...

KUCHING - Orang ramai dinasihatkan datang awal untuk sama-sama menyambut ambang tahun baharu...

Gesa Penjawat Awam Tunai...

ALOR SETAR – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman menggesa...

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 3 Peratus Khamis Ini

KUALA LUMPUR : Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus Khamis ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Memandangkan kadar itu masih di bawah pada awal 2019, Moody’s Analytics berkata ia menjangka BNM akan mengekalkan kadar sehingga 2025.

“Bank pusat Malaysia akan memberikan kemas kini mengenai tetapan dasar monetarinya pada Khamis ini.

“Walaupun bank pusat New Zealand dan Filipina telah menurunkan kadar faedah dalam beberapa minggu kebelakangan ini, BNM berkemungkinan akan mengekalkan OPR pada 3.0 peratus sehingga 2025,” katanya dalam nota Sorotan & Previu Mingguan Ekonomi yang dikeluarkan pada 30 Ogos lalu.

Ia seterusnya berkata, kenaikan kadar faedah di Malaysia tidak begitu agresif seperti di tempat lain di rantau ini dan kadar penanda aras negara ini masih lebih rendah berbanding pada awal 2019 iaitu 3.25 peratus.

“Setelah menjadi salah satu mata wang berprestasi paling buruk di Asia tahun lalu, ringgit telah meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

“BNM berkemungkinan mahu mengekalkan aliran itu dengan mengekalkan kadar faedah yang stabil,” kata Moody’s Analytics.


Sambil mengulangi kenyataan itu, Standard Chartered Global Research mengekalkan pandangannya bahawa BNM akan kekal mempertahankan kadar sepanjang tahun ini.

Ia menyatakan bahawa risiko lebih cenderung ke arah kenaikan kadar berbanding pemotongan.

“Kami akan memerhatikan sebarang perubahan kepada prospek inflasi BNM,” katanya dalam satu nota penyelidikan global.

Tambahan pula, ia berkata BNM juga berkemungkinan mengekalkan pandangannya bahawa pergerakan ringgit didorong oleh faktor luaran.

Kebimbangan mengenai mata wang tempatan telah reda sejak beberapa mesyuarat lalu di tengah-tengah prestasi memberangsangkan ringgit sejak akhir Februari.

“Penilaian BNM terhadap ringgit berubah daripada ‘terkurang nilai’ pada Mac kepada ‘tidak menggambarkan asas’ pada Mei, sebelum menyatakan bahawa ‘ia didorong oleh faktor luaran’ pada Julai,” tambahnya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori