Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan PH Komited Perkukuh...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof...

Kes Tipu Hartanah, Adlin...

INDUSTRI hiburan hari ini dikejutkan dengan berita seorang pelakon dan pelawak terkenal ditahan...

Didik Perantau Bahaya Denggi...

TUMPAT - Jabatan Kesihatan Kelantan kini menyasarkan perantau yang pulang beraya menggunakan perkhidmatan...

Martial Kembali Ke Padang...

ANTHONY Martial kembali ke padang menjalani latihan pra musim bersama Manchester United. Sebelum ini,...

Isu Sijil Halal: Polis Ambil Keterangan Teresa Esok

Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dijangka akan memberi keterangan berhubung siasatan isu pensijilan halal kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi berkata, keterangan Ahli Parlimen berkenaan dijangka akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada 10 pagi.

Menurutnya, terdapat beberapa saksi lain juga akan dipanggil bagi membantu siasatan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kita (polis) juga akan menentukan kemudian sama ada untuk memanggil saksi-saksi lain,” katanya secara ringkas.


Semalam, PDRM mengesahkan menerima lima laporan terhadap Teresa berhubung kenyataannya membabitkan isu pensijilan halal yang dikatakan membebankan peniaga di Malaysia.

Susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan selain Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan akan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) membabitkan isu berkaitan raja, agama dan kaum (3R).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori